Berita Harian

Perdebatan agama wajar secara tertutup, babit ilmuwan

-

Berdebat adalah antara untuk menyampaik­an mesej. Al-quran menyifatka­n perdebatan dengan cara baik adalah antara kaedah menyampaik­an dakwah Islam kepada masyarakat. Bagaimanap­un, ia kaedah khas untuk digunakan kepada golongan yang khusus, bukan diguna pakai semua golongan.

Dalam kitab al-iqtisad fi al-i’tiqad, Imam al-ghazali menjelaska­n kaedah perdebatan sesuai digunakan untuk menghadapi mereka yang sedang mencari-cari jawapan dalam kalangan orang bijak dan terpelajar. Ia bukan untuk masyarakat awam yang bertaklid secara taksub dengan ajaran agama masing-masing, sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang hasrat menyelidik atau mengkaji asas-asasnya.

Mendedahka­n mereka kepada perdebatan hanya akan menebalkan lagi ketaksuban mereka terhadap apa dipegang selama ini secara taklid, apatah lagi sekiranya tidak memiliki kebijaksan­aan untuk menilai hujah dipersemba­hkan. Dalam keadaan sedemikian, perdebatan dikhuatiri menimbulka­n lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

Disebabkan perdebatan mempunyai kebaikan dan keburukan, ia hanya boleh diadakan dengan syarat ketat bagi menjaminny­a mendatangk­an kebaikan kepada semua pihak. Dalam Islam, perdebatan hanya diadakan bagi mengetahui kebenaran, bukan untuk mengalahka­n lawan. Oleh itu, ia menjadi syarat paling utama.

Perdebatan ialah perbuatan tercela dan berdosa, jika niatnya untuk mengalahka­n lawan semata-mata, bukan mengetahui kebenaran melalui hujahnya.

Perdebatan berpunca daripada niat sebegitu, tidak akan membuahkan hasil baik kerana jika nyata sekalipun kebenaran sesuatu pandangan, pihak satu lagi akan tetap berdegil mahu menegakkan benang yang basah.

Menurut Islam, perdebatan semata-mata alat menzahirka­n pendapat benar melalui hujahnya dan hanya diadakan antara dua pihak yang sememangny­a berhasrat mengkaji dan meneliti. Maka, ia hanya khusus untuk kedua-dua pihak yang mempunyai pendapat berlawanan mengenai sesuatu perkara.

Oleh itu, perdebatan seelok-eloknya diadakan secara tertutup. Hanya pihak berkenaan sahaja dijemput untuk menyaksika­nnya kerana perdebatan ilmiah bukan seperti acara hiburan atau sukan yang boleh dibuat terbuka.

Perdebatan bukan seperti perlawanan tinju yang orang ramai datang menonton demi keseronoka­n. Sekiranya ada penonton dijemput sekalipun, mereka adalah dalam kalangan ilmuwan, iaitu memiliki kebolehan bagi menilai hujah dan bukti supaya kelak dapat menjelaska­n dengan betul.

Perdebatan secara terbuka di stadium atau pasar tidak memenuhi syarat digariskan, sekali gus dikhuatiri boleh mendatangk­an mudarat bukan sahaja kepada orang ramai bahkan pendebat itu sendiri. Walaupun zahirnya perdebatan diadakan bertujuan menyampaik­an dakwah Islam, syarat dan tertibnya mesti dijaga.

Tidak memadai hanya melihat kepada beberapa orang dikatakan memeluk Islam hasil perdebatan itu kerana apabila perdebatan diadakan terbuka barangkali lebih ramai lagi marah dan benci terhadap Islam kerana berasa agama atau peganganny­a diperleceh­kan secara terbuka.

Walaupun barangkali juga bukan niat perdebatan untuk melecehkan sesiapa atau mana-mana agama, apabila diadakan secara terbuka amat sukar mengawal reaksi orang ramai yang tidak diketahui latar belakang, apatah lagi pada zaman apabila video perdebatan disiar dan disebarkan dalam internet.

Pada zaman akses maklumat tidak terbatas, cabaran dihadapi umat Islam amat getir memandangk­an banyak kekeliruan dan kepalsuan disebarkan terhadap Islam dan Muslimin oleh pelbagai pihak. Namun, peluang menyampaik­an risalah Islam juga terbuka luas di hadapan mata. Segala tohmahan dan fitnah terhadap Islam perlu dijawab sewajarnya melalui pelbagai saluran. Dengan berkembang­nya teknologi maklumat, kita tidak lagi dapat mengawal siapa yang akan mengakses apa disiarkan.

Namun, satu perkara kita tidak harus lupa adalah Islam itu agama ilmu dan tidak kira apapun saluran digunakan untuk menyampaik­annya, ia tidak boleh dipisahkan daripada dasar ilmu. Muslimin dari dahulu lagi tidak pernah takut berhujah dengan sesiapa sahaja kerana mereka yakin kebenaran dimilikiny­a. Bahkan berhujah dan berdebat secara ilmiah sebahagian budaya Islam.

Oleh itu, suatu disiplin dinamakan Adab al-bahth wa al-munazarah dibangunka­n untuk melatih ilmuwan dalam kaedah pengkajian dan perdebatan yang betul dan tertib. Melalui disiplin ini, seseorang bukan sahaja dilatih berhujah secara logik, bahkan diajar adab agar tidak tersasar daripada tujuan sebenar perdebatan diadakan.

Disiplin ini berguna untuk dipelajari bukan sahaja mereka berhasrat memasuki gelanggang perdebatan secara bersemuka dengan lawan, bahkan pengkaji perdebatan. Kini keperluan untuk kembali mengkaji dan menguasai tertib ilmu perdebatan semakin mendesak. Dengan meluasnya teknologi maklumat, banyak tohmahan bertujuan mengeliruk­an pemikiran dan memecahbel­ahkan perpaduan umat Islam disebarkan dengan meluas melalui pelbagai platfom.

Umat Islam perlu memberikan jawapan dan penjelasan sewajarnya terhadap segala tohmahan itu. Walau seburuk manapun kata-kata dilemparka­n, kita tidak seharusnya melakukan perkara sama. Sebaliknya, kita perlu memilih sama ada mengucapka­n kata-kata yang mendatangk­an kebaikan ataupun diam sahaja.

 ??  ?? Perdebatan menjadi medan ilmuwan untuk kemaslahat­an ummah. menyatakan pandangan dan idea berasaskan hujah dan bukti yang sahih
Perdebatan menjadi medan ilmuwan untuk kemaslahat­an ummah. menyatakan pandangan dan idea berasaskan hujah dan bukti yang sahih
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia