Berita Harian

Semai kasih sayang sesama Muslim, manusia

-

Sifat kasih sayang sesama umat Islam, manusia dan semua makhluk lain di muka bumi Allah SWT, sebenarnya akan memperoleh ganjaran-nya.

Apabila wujud rasa kasih-sayang, ia bukan saja membahagia­kan diri sendiri, bahkan orang lain yang berada dalam persekitar­an dengan kita.

Aura positif yang dibina itu, mendorong kesejahter­aan dan keamanan dalam kehidupan.

Sekiranya direnungi, apalah gunanya wang berjuta sekiranya kita dan orang sekeliling hidup dalam suasana negatif dan sarat kebencian.

Abdullah Amir RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi penghuni langit. (HR Tabrani)

Demikian hebatnya kuasa kasih sayang manusia yang kalau kita banyak memberi, akan dilimpahi kasih sayang daripada Allah SWT dan segala makhluk di langit.

Sifat sayang dalam diri, datang daripada mereka memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani, iaitu jauh daripada dendam, bongkak dan sombong yang menjadi racun dalam hati individu.

Sifat sayang dalam diri, datang daripada mereka memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani, iaitu jauh daripada dendam, bongkak dan sombong yang menjadi racun dalam hati individu.

Malang sungguh bagi orang tidak memiliki sekelumit rasa kasih dan sayang. Jiwanya keras membeku yang dirinya kelak akan jauh daripada kebaikan.

Jarir RA meriwayatk­an Nabi SAW bersabda: Sesiapa dijauhkan daripada sifat lemah-lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan daripada kebaikan. (HR Muslim)

Lantaran nikmatnya naluri kasih dan sayang itu, kita perlu berusaha menyayangi orang lain seperti saudara-mara dan jiran tetangga kerana mereka berhak mendapatka­nnya.

Kasih sayang bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya berbentuk keperluan yang sekiranya ada orang ingin meminta pertolonga­n daripada kita, bantulah mereka seikhlas hati.

Sekiranya mereka ingin meminta nasihat, berilah nasihat itu. Sekiranya mereka sakit, maka ziarahilah.

Usaha menyuburka­n kasih sayang perlu bermula daripada hati.

Didik hati untuk jauhi prasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk atau memfitnah. Sekiranya terdetik dalam hati, cepat singkirkan kerana ingat, kasih sayang itu membantu kita memperoleh pahala.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia