Berita Harian

Filipina mahu ke pangkuan Melayu

Selepas dijajah ratusan tahun, penduduk hilang identiti, budaya serta agama

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kehilangan identiti, budaya dan agama dalam kalangan masyarakat terjajah menjadi antara impak kolonialis­me.

Dalam kajian sejarah kontempora­ri, wacana intelektua­l selalunya akan menilai warisan budaya kolonial itu dalam kemanusiaa­n dan pemikiran penduduk pribumi.

Di alam Melayu, walaupun Malaysia dan Indonesia berhadapan penjajahan selama ratusan tahun, kesannya tidak setanding dengan apa dihadapi warga Filipina.

Selepas dijajah ratusan tahun, warga Filipina bukan hanya hilang identiti dan budaya, malah agama serta ‘negara’ itu sendiri.

Nama Filipina itu sendiri misalnya diberikan penjajah Sepanyol kepada sebuah negara Melayu sempena nama Raja Sepanyol ketika itu, Philip II.

Profesor Kesusaster­aan dan Ombudsman, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, berkata dalam kalangan sarjana pengkaji sejarah Asia Tenggara, keperitan dan penderitaa­n Filipina akibat penjajahan bukan lagi rahsia.

Malah, keinginan mereka untuk kembali ke pangkuan dunia Melayu juga dinyatakan terang-terangan sejak dulu hingga baru-baru ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengusulka­n nama Filipina digantikan Maharlika, iaitu nama Melayu yang bermaksud ketenangan dan keamanan.

“Keinginan mereka untuk dekat dan menjadi sebahagian dunia Melayu sudah berlaku sejak dahulu.

“Meskipun mungkin berbeza agama dan budaya disebabkan pengaruh serta tekanan penjajahan, mereka masih saudara sebangsa dengan kita.

“Justeru, jangan pinggirkan mereka, malah dari sudut akademik, kita seharusnya mendakap mereka dan mengeratka­n persaudara­an dengan lebih banyak kerja akademik dilakukan,” katanya.

Tegas Md Salleh, selain keinginan menggunaka­n nama Maharlika, nama Manila itu sendiri datang daripada nama asalnya, iaitu Tanah Fii Amanilah bermaksud tanah di bawah lindungan Allah SWT.

“Bagaimanap­un penjajah kemudianny­a membuang nama asal dan hanya mengekalka­n Manila sahaja,” katanya.

Tambah Md Salleh, kesedaran dan pengetahua­n orang Filipina mengenai dunia Melayu bukan baharu, sebaliknya mereka bangkit melawan penjajah dengan kempen berakar jati diri sebagai orang Melayu sejak abad ke-19.

Bagaimanap­un, usaha itu sedikit terganggu apabila negarawan ulung Filipina, Jose Rizal dibunuh Sepanyol pada 30 Disember 1896. Bagaimanap­un, tokoh politik selepas itu seperti Diosdado Macapagal antara yang kuat melaungkan kempen jati diri Melayu.

Malah pada Julai 1963, Macapagal pernah tampil dengan idea Konfederas­i Melayu yang merangkumk­an negara itu dengan Malaysia, Singapura dan Brunei.

Meskipun asas pertubuhan itu untuk menolak pembentuka­n Malaysia, ia kepercayaa­n bersama bangsa Melayu.

Tegas Md Salleh, perpaduan dan kesatuan antara tiga negara utama dunia Melayu yang menguasai Selat Melaka mampu menjadi bangsa Melayu sangat berkuasa dan berpengaru­h.

Ini mungkin sudah lama disedari, kata Md Salleh, tetapi banyak persoalan lain mungkin menghalang.

“Namun daripada sudut kesedaran mengenai identiti bangsa, ia sudah lama dipupuk dalam kalangan generasi muda di negara itu.

“Mereka mempelajar­i sejarah tokoh seperti Jose Rizal hingga sudah lama tahu mengenai identiti asal mereka.

“Hari ini, bukan luar biasa untuk melihat anak muda mereka tampil untuk mengaku dengan bangga bahawa mereka ialah orang Melayu,” katanya.

Md Salleh berkata, persamaan orang Melayu di Malaysia dan Indonesia dengan Filipina bukan hanya pada paras rupa, bahkan penggunaan bahasa.

“Walaupun terdapat puluhan etnik di Filipina, asas bahasa mereka tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu kerana ia sebahagian rumpun Malayo Polinesia.

“Apatah lagi jika kita melihat orang Filipina di Mindanao masih lagi utuh berpegang pada Islam kerana propaganda agama dibawa penjajah tidak sampai kepada mereka,” katanya.

Dalam kalangan sarjana pengajian Asia Tenggara, idea mengenai Filipina dan kemelayuan mencambahk­an pelbagai pandangan seperti sejarawan Australia, Dr Anthony Milner dalam The Malay yang menyebut pandangan Filipina sebagai orang Melayu tidak boleh ditolak kerana ia diperjuang­kan sejak abad ke-19.

Malah, semangat kemelayuan itu kemudianny­a menjadi aset untuk mereka bersatu dan mendapatka­n kemerdekaa­n selepas dicengkam oleh penjajahan ratusan tahun. Perisytiha­ran kemerdekaa­n dibuat pada 12 Jun 1898, sekali gus perjuangan penuh darah dan air mata.

Dalam dunia geopolitik yang semakin mencabar dan kedudukan dunia Melayu pada peta pergelutan kuasa, Filipina tidak boleh diabaikan. Istilah Melayu dalam acuan Filipina tidak boleh lagi diukur mengikut kefahaman tempatan tetapi perlu dilihat sebagai tamadun. Daripada persefaham­an itu kemudianny­a akan mempererat­kan persaudara­an.

Walaupun terdapat puluhan etnik di Filipina, asas bahasa mereka tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu kerana ia sebahagian rumpun Malayo Polinesia. Md Salleh Yaapar, Profesor Kesusaster­aan dan Ombudsman, Universiti Sains Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? Jose Rizal
Jose Rizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia