Berita Harian

Guru jadi warden wajar dikurang waktu mengajar

- Muhammad Ashraf Fauri, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang.

Keputusan mahkamah memerintah sembilan pihak membayar RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar di Terengganu mengejutka­n ramai pihak.

Antara isu yang menjadi perhatian kes ini adalah beban tugas warden yang menjalanka­n tanggungja­wab menjaga pelajar di asrama.

Warden yang juga guru sekolah, menjalanka­n pelbagai tugas dalam mendidik dan memastikan murid menjadi seseorang yang berguna pada masa hadapan.

Adakalanya warden menjadi pengganti ibu bapa, penasihat, penegak disiplin dan kadang kala menjadi penaja kepada program pelajar dengan mengeluark­an wang saku sendiri.

Warden masih perlu dilantik dalam kalangan guru. Ini kerana guru adalah individu yang faham akan peraturan dan dasar sekolah. Mereka boleh menyusun atur aktiviti dan program bertepatan dengan jadual waktu sekolah.

Isu utama yang melanda warden di sekolah berasrama adalah beban warden yang terlalu berat dan berisiko.

Cadangan untuk melantik warden dalam kalangan bukan guru dilihat tidak sesuai dalam konteks pelaksanaa­n kurikulum dan kokurikulu­m sekolah. Ini kerana guru sekolah yang dilantik menjadi warden lebih mengenali pelajar serta watak dan perangai mereka.

Guru yang menjadi warden juga rapat dengan pelajar dan boleh berhubung terus untuk aktiviti sekolah dan asrama. Melantik mereka yang bukan guru akan menjejaska­n aliran maklumat antara sekolah dan asrama, seterusnya menyebabka­n sesetengah aktiviti tergendala.

Berdasarka­n statistik jumlah asrama di Malaysia, 69 adalah sekolah berasrama penuh, 1,486 sekolah harian berasrama, 60 sekolah menengah agama dan 59 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Dengan angka ini, jumlah perjawatan baharu yang harus diwujudkan adalah sekurang-kurangnya empat kali ganda daripada bilangan sekolah berkenaan.

Dengan beban kewangan negara sedia ada, mewujudkan perjawatan baharu untuk melantik warden dalam kalangan bukan guru sangat tidak munasabah dan membebanka­n.

Antara cadangan boleh dilaksanak­an adalah setiap guru yang dilantik sebagai warden dikurangka­n separuh waktu mengajar berbanding guru biasa lain. Warden juga seharusnya tidak dibebankan aktiviti kokurikulu­m dan tidak dilantik menjadi penasihat rumah sukan mahupun kelab dan persatuan.

Warden seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk menjaga asrama pelajar, seterusnya membina jati diri dan akhlak pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia