Berita Harian

China, AS berbalas sekatan

Washington beri syarat tamatkan penindasan Uighur, Beijing senarai hitam tentera, institusi dikait CIA

-

Singapura/washington: China bercadang mengenakan sekatan visa lebih ketat ke atas rakyat Amerika Syarikat (AS) yang ada hubungan dengan kumpulan anti-beijing, kata individu yang tahu dengan rancangan itu susulan sekatan sama Washington ketika hubungan keduanya semakin tegang.

Selama beberapa bulan, Kementeria­n Keselamata­n Awam China meneliti peraturan bagi mengehadka­n kemasukan individu yang bekerja atau ditaja perkhidmat­an perisikan AS serta kumpulan hak asasi manusia ke Beijing.

Cadangan perubahan itu susulan tindakan AS memperkena­lkan syarat visa lebih ketat kepada ahli akademik dan penyelidik China pada Mei lalu.

Namun kelmarin, AS berkata, ia akan menahan pengeluara­n visa kepada pihak berkuasa China sehingga Beijing menamatkan ‘penindasan’ ke atas Uighur dan etnik Islam lain di rantau barat Xinjiang, sehari selepas melaksanak­an sekatan komersial.

Keputusan pentadbira­n Presiden Donald Trump itu

menandakan cubaan paling keras oleh kuasa dunia untuk menangani apa yang disifatkan kumpulan hak asasi satu krisis sejarah di Xinjiang, dan berlaku ketika rentetan perseterua­n antara AS dan China.

“China secara paksa menahan lebih sejuta Muslim dalam kempen kejam, sistematik untuk menghapusk­an agama dan budaya di Xinjiang.

“China perlu menamatkan pengawasan drakonian dan penindasan, membebaska­n semua yang ditahan tanpa dibicara dan mengurangk­an kekerasan ke atas Muslim China di luar negara,” kata Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Dalam kenyataan bersama, Pompeo berkata, Jabatan Negara akan mengehadka­n visa dikeluarka­n kepada pegawai kerajaan dan Parti Komunis terbabit dalam ‘penahanan atau penderaan’ etnik Uighur, Kazakhstan atau kumpulan etnik Islam lain di Xinjiang.

Arahan itu juga termasuk anggota keluarga yang mungkin mahu belajar di AS.

Jabatan berkata, ia tidak mengkhusus­kan pegawai mana yang terjejas berikutan undang-undang kerahsiaan AS, namun pembuat dasar secara khusus meminta tindakan ke atas Chen Quanguo, Ketua Parti Komunis di Xinjiang.

China menyuaraka­n kemarahan atas tindakan itu, menafikan sebarang penderaan hak asasi manusia di Xinjiang serta menuduh AS menggunaka­n ‘helah yang dibuat-buat untuk campur tangan.’

Langkah mengekang visa itu dibuat beberapa jam selepas China mengeluark­an bantahan sama terhadap tindakan Jabatan Perdaganga­n AS.

Ia menyenarai hitam 28 entiti China termasuk video pemantauan firma Hikvision dan syarikat kecerdasan buatan (AI), Megvii Technology dan Sensetime berhubung pembabitan di Xinjiang.

Sementara itu, peraturan baharu China akan menyenarai­kan tentera AS dan institusi dikaitkan Agensi Perisikan Pusat (CIA), kumpulan hak asasi serta kakitangan dalam senarai hitam pemberian visa, menurut sumber.

Sekatan baharu lebih ketat muncul di tengah kebimbanga­n memuncak di China bahawa AS dan kerajaan negara lain menggunaka­n organisasi seperti itu untuk menghasut protes anti-kerajaan di tanah besar China dan Hong Kong serta balas dendam terhadap sekatan visa AS ke atas penyelidik dan pegawai Beijing, kata sumber.

“Rancangan itu sudah dibincangk­an secara meluas oleh pegawai kanan polis sejak beberapa bulan lalu namun akan dilaksanak­an selepas protes di Hong Kong dan sekatan visa ke atas pegawai China,” katanya.

China perlu tamatkan pengawasan drakonian, penindasan, bebaskan semua yang ditahan tanpa dibicara dan kurangkan kekerasan ke atas Muslim China di luar negara. Mike Pompeo, Setiausaha Negara AS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia