Berita Harian

Johnson berdepan pemberonta­kan Kabinet

Usaha hapus identiti etnik minoriti Islam Xinjiang

-

London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, berdepan pemberonta­kan baharu daripada Kabinet berhubung kebimbanga­n pengundura­n dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian, dengan lima anggota Kabinet berada dalam ‘senarai meletak jawatan’, lapor akhbar The Times semalam.

Menurut laporan, Setiausaha Kebudayaan, Nicky Morgan; Menteri Britain bagi Ireland Utara, Julian Smith; Setiausaha Kehakiman, Robert Buckland; Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock dan Peguam Negara, Geoffrey Cox, berada dalam senarai itu.

Seorang menteri Kabinet tidak dinamakan, dipetik akhbar itu sebagai berkata, ‘ramai’ anggota Konservati­f di Parlimen akan meletak jawatan jika Brexit diteruskan tanpa sebarang perjanjian.

Financial Times melaporkan, sekurang-kurangnya 50 ahli Parlimen parti itu menentang manifesto umum yang memberi jaminan meneruskan Brexit tanpa perjanjian. REUTERS Shayar: lapang untuk meletakkan batubata.

Ketika pihak berkuasa sibuk menggunaka­n alasan pembanguna­n bandar termasuk ‘menstandar­dkan’ kubur lama, etnik Uighur di luar negara berpendapa­t, kemusnahan itu adalah sebahagian daripada tindakan keras kerajaan untuk mengawal setiap elemen kehidupan mereka.

“Kerana itulah mereka memusnahka­n semua tapak bersejarah dan tanah perkuburan untuk memisahkan kami daripada sejarah, ibu bapa dan nenek moyang,” kata Salih Hudayar.

Langkah memusnahka­n tanah perkuburan Uighur bukanlah perkara baharu.

Imej satelit yang diperoleh AFP menunjukka­n, kemusnahan itu sudah bermula lebih sedekad lalu.

Namun ketika Uighur dan etnik minoriti masih dikecualik­an daripada amalan dasar tertentu seperti pembakaran mayat, yang bertentang­an Islam, pihak berkuasa dilihat semakin berani, kata ahli sejarah dan kebudayaan Uighur di Universiti Nottingham, Rian Thum.

“Jika sebelum ini mereka menggunaka­n pendekatan ‘bebas konfrontas­i’ terhadap budaya Uighur, kini sebarang dasar yang menyerang budaya Uighur seolah-olah mendapat dorongan dan tidak disiasat kerana semuanya sudah berubah,” kata Rian.

Tindakan keras keselamata­n di Xinjiang juga lebih memudahkan pihak berkuasa untuk memanipula­si dasar, kata penyair Uighur di AS, Tahir Hamut yang meninggalk­an Xinjiang pada 2017.

“Tiada siapa yang berani bercakap sekarang. Tiada siapa yang berani membuat tuntutan kepada kerajaan,” katanya.

Dianggarka­n sejuta orang, majoritiny­a etnik minoriti Muslim dikumpul di kem pendidikan semula Xinjiang atas nama ‘memerangi ekstremism­e dan pemisahan agama’.

Walau dikritik hebat dunia berikutan layan buruk mereka terhadap etnik Uighur, China tetap berkeras dan tidak peduli.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Kawasan perkuburan etnik Uighur di Xinjiang diratakan sebelum ditukar kepada taman atau projek pembanguna­n.
(Foto AFP) Kawasan perkuburan etnik Uighur di Xinjiang diratakan sebelum ditukar kepada taman atau projek pembanguna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia