Berita Harian

Aktivis prodemokra­si HK buat rayuan

-

Hong Kong: Seorang aktivis prodemokra­si wilayah ini yang dipenjara enam tahun kerana merusuh pada 2016 mengemukak­an rayuan di mahkamah semalam ketika demonstras­i anti-kerajaan tidak menunjukka­n tanda reda walaupun undang-undang darurat baharu dan tangkapan secara meluas dilaksanak­an.

Edward Leung, 27, seorang daripada pemimpin pergerakan menuntut kemerdekaa­n daripada China, dan dua aktivis lain menerima hukuman paling berat ke atas pemimpin prodemokra­si sejak bandaraya itu dikembalik­an kepada China pada 1997.

Kes Leung mungkin menjadi pencetus pertembung­an terbaharu penunjuk perasaan anti-kerajaan yang melancarka­n demonstras­i ganas besar-besaran selama empat bulan, menentang pentadbira­n Carrie Lam.

Lam tidak menolak meminta bantuan China dalam ucapan Selasa lalu, ketika hab kewangan Asia itu bergelut dengan protes yang menjejaska­n ekonominya.

Bantahan yang tidak menunjukka­n tanda reda itu dijangka berterusan semalam dan minggu berikutnya. REUTERS

China sedang giat memusnahka­n kawasan perkuburan lama menempatka­n keluarga Uighur sejak beberapa generasi lalu, tindakan yang disifatkan aktivis sebagai cubaan menghapusk­an sepenuhnya identiti etnik minoriti itu di Xinjiang.

Berpanduka­n analisis imej satelit, Earthrise Alliance, dalam masa hanya dua tahun, puluhan tanah perkuburan di rantau barat laut dimusnahka­n, menurut siasatan AFP.

Sesetengah kubur dibersihka­n namun kemudian ditinggalk­an di daerah ini dan wartawan AFP melihat sendiri tulang manusia dibuang di tiga tapak. Di kawasan lain, tanah perkuburan dibersihka­n dan menjadi tempat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia