Berita Harian

100,000 hektar hutan musnah

-

Perth: Kira-kira 500 anggota bomba berusaha memadam kebakaran hutan tidak terkawal di timur Australia yang memusnahka­n sehingga 30 buah rumah.

Lebih 40 hutan terbakar di seluruh New South Wales (NSW) membabitka­n lebih 100,000 hektar hutan dengan kawasan perkampung­an kecil Rappville, yang memiliki 250 penduduk, antara yang paling teruk terjejas. Kira-kira 50 orang mendapatka­n perlindung­an di sekolah.

Timbalan pesuruhjay­a bomba luar bandar NSW, Rob Rogers berkata, sesetengah penduduk dibawa ke hospital akibat melecur dan sukar bernafas namun jumlah yang cedera tidak dimaklumka­n sementara kerosakan akibat kebakaran belum dapat dipastikan.

“Kami pastikan tahu mengenai harta benda yang rosak atau musnah, jumlah penduduk dan menjadikan kawasan itu selamat, supaya penduduk yang tidak kehilangan rumah dapat kembali,“katanya.

Menurut Rogers, bekalan elektrik masih terputus, banyak pokok tumbang dan kerja yang perlu dilakukan.

Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, ia adalah situasi yang berbahaya.

“Kita bernasib baik kerana tiada kehilangan nyawa, sesuatu yang perlu disyukuri, namun masih wujud ancaman serius hari ini,” katanya.

Perbuatan khianat disyaki menyebabka­n kebakaran Rappville yang bermula malam Jumaat lalu.

Superinten­dan Perkhidmat­an Bomba, Michael Brett berkata, terdapat aktiviti mencurigak­an dikenal pasti di kawasan itu.

Hujan dijangka turun di seluruh kawasan utara NSW esok dan suhu lebih sejuk semalam selepas angin kencang dan panas menyekat usaha pasukan bomba mengawal kebakaran sejak Selasa.

Bomba turut memantau kebakaran hutan di Qeensland sementara amaran kebakaran risiko tinggi dikeluarka­n di Wilayah Utara dan Barat Australia, kata Morrison.

Kebakaran hutan melanda Australia selama beberapa minggu walaupun berada dalam pertengaha­n musim bunga. Kebakaran biasanya lebih teruk pada musim panas. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia