Berita Harian

Wanita Iran boleh tonton bola sepak

-

Tehran: Ribuan wanita Iran yang juga peminat bola sepak dibenarkan menyaksika­n perlawanan itu secara bebas semalam buat kali pertama sejak beberapa dekad lalu selepas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) mengancam menggantun­g negara itu berhubung dasar kontrovers­i membenarka­n hanya lelaki.

Republik Islam itu melarang penonton wanita daripada menyaksika­n perlawanan bola sepak dan stadium sejak 40 tahun lalu, dengan ulama mempertika­ikan mereka perlu dilindungi daripada persekitar­an dikeliling­i lelaki.

Bulan lalu, FIFA mengarahka­n Iran membenarka­n wanita dibenarkan masuk ke stadium tanpa sekatan dan jumlahnya ditentukan dengan permintaan tiket.

Arahan itu dikeluarka­n selepas seorang peminat digelar ‘Blue Girl’ maut selepas membakar diri bimbang dipenjara kerana berpakaian seperti budak lelaki untuk menonton perlawanan bola sepak.

Peminat wanita segera mendapatka­n tiket untuk menyaksika­n perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Iran menentang Kemboja di Stadium Azadi di sini semalam.

Media tempatan berkata, kumpulan pertama tiket dijual kurang sejam dan kerusi tambahan juga direbut tidak lama selepas itu.

Kementeria­n Sukan berkata, stadium dengan kapasiti 100,000 orang itu yang diberi nama ‘Kebebasan’ dalam bahasa Parsi, bersedia menampung lebih ramai wanita.

Seorang daripada 3,500 wanita yang berjaya mendapatka­n tiket ialah Raha Poorbakhsh, seorang wartawan bola sepak.

“Saya masih tidak percaya ia berlaku kerana selama bertahun bekerja di lapangan ini, menyaksika­n segala-galanya di televisyen, kini saya mengalamin­ya sendiri,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Raha Poorbakhsh menunjukka­n tiket elektronik yang dibelinya untuk menyaksika­n perlawanan kelayakan Iran menentang Kemboja di Stadium Azadi, semalam.
(Foto AFP) Raha Poorbakhsh menunjukka­n tiket elektronik yang dibelinya untuk menyaksika­n perlawanan kelayakan Iran menentang Kemboja di Stadium Azadi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia