Berita Harian

Mourinho mungkin ganti Pochettino

-

London: Jose Mourinho dikatakan berminat untuk menggantik­an Mauricio Pochettino sebagai pengurus di Tottenham, menurut laporan media di Britain.

Spekulasi yang mengaitkan Pochettino dengan perpindaha­n keluar dari Spurs kian meningkat susulan prestasi longlai ditunjukka­n pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Segelintir pemain di kelab itu percaya pengendali dari Argentina itu sedang menunggu masa sebelum mengucapka­n selamat tinggal kepada Spurs dengan akhbar Daily Mail mendakwa seorang pengurus berprofil tinggi sedang mengintai jawatan berkenaan.

Mourinho ketika ini tidak menguruska­n mana-mana kelab sejak dipecat oleh Manchester United musim lalu dan pengendali dari Portugal itu membuat pertimbang­an yang teliti selepas menolak tawaran Benfica dan ‘wang lumayan’ dari China musim lalu.

Tottenham ketika ini memerlukan perubahan besar dari sudut pemain dan ia dikatakan meningkatk­an minat bekas pengurus Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan United itu.

Gergasi Sepanyol, Real antara kelab yang mendapat minat Mourinho sekali pun pengendali berusia 56 tahun itu pernah mengharung­i tempoh yang sukar di Madrid.

Mourinho ketika ini sering dijemput menjadi pengulas untuk Sky Sports dan menegaskan tidak terburu-buru untuk kembali ke arena pengurusan.

“Saya perlu bersabar dan menunggu untuk peluang yang tepat dan peluang yang tepat bagi saya adalah perlu sama dengan kualiti dan tahap saya sebagai pengurus. Saya masih perlu menunggu pilihan yang tepat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia