Berita Harian

Dixon sertai PETRONAS Sprinta Racing

-

Kuala Lumpur: Persoalan mengenai pelumba kedua Moto2 PETRONAS Sprinta Racing terjawab apabila pasukan mengumumka­n Jake Dixon bakal menyertai mereka bagi musim 2020.

Pelumba dari Kent, England berusia 23 tahun bakal berganding­an bersama Xavi Vierge dan dijadual menguji jentera Kalex buat pertama kalinya di Jerez, Sepanyol, November ini - selepas musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2019 melabuhkan tirainya di 17 November ini.

“Saya sangat gembira apabila dapat menyertai PETRONAS Sprinta Racing dan tidak sabar untuk menunggang jentera. Jelas, sebuah pasukan yang hebat - kamu hanya perlu lihat kepada kejayaan yang mereka capai tahun ini dalam Motogp dan Moto3.

“Ia satu peluang besar buat saya, tentunya saya akan memberikan yang terbaik. Tahun 2019 bukan satu musim yang mudah buat saya tetapi saya belajar banyak perkara dan memberikan asas yang baik untuk 2020.

“Kalex adalah motosikal yang terkenal kemampuann­ya. Saya belum boleh menyatakan mengenai sasaran sehinggala­h saya mencuba motosikal, saya akan memulakan musim secara satu perlumbaan ke satu perlumbaan lain,” kata Dixon yang ketika ini bersama pasukan Gaviota Angel Nieto Team.

Pada tahun pertamanya menyertai saingan kelas pertengaha­n itu musim ini, Dixon sudah mengumpul empat mata selepas 15 pusingan dan berada di tangga ke-26 keseluruha­n. Rakan sepasukann­ya, Vierge (ketika ini bersama EG 0,0 Marc VDS) pula berada di tangga ke-15 dengan 59 mata.

Dixon sebelum ini menyertai Kejuaraan Superbike British dan muncul naib juara pada musim 2018, 70 mata di belakang juara yang juga rakan senegarany­a, Leon Haslam.

 ??  ?? Jake Dixon
Jake Dixon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia