Berita Harian

Peluang terakhir untuk bangkit: Razlan

-

Kuala Lumpur: Tiada alasan lagi untuk SIC Racing Team menolak penyertaan Hafizh Syahrin Abdullah bersama pasukan bagi musim 2021 seandainya pelumba profesiona­l negara itu mampu mencapai sasaran berada dalam kelompok 15 terbaik keseluruha­n tahun depan.

Hafizh yang sah turun ke saingan Moto2 musim depan bersama Angel Nieto Team diberi sasaran berkenaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali merangkap prinsipal pasukan SIC Racing Team yang menyertai keempat-empat kelas dipertandi­ngkan - Motogp, Moto2, Moto3 dan Motoe.

Razlan yang turut menjadi tulang belakang kepada penyertaan sulung Hafizh dalam saingan Motogp tahun lalu berkata, sasaran berkenaan harus dijadikan sebagai pembakar semangat buat pelumba berusia 25 tahun itu membuktika­n kemampuan apabila kembali ke kancah Moto2 - pentas perlumbaan yang pernah disertai daripada tahun 2014 hingga 2017.

“Bagi saya, ini peluang terakhir untuk dirinya bangkit semula. Ada peluang ke PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) sekiranya dapat berada dalam kelompok lima terbaik keseluruha­n dan tak mustahil untuk kami menerimany­a bagi musim 2021,” kata Razlan.

Hafizh diberi cabaran menamatkan saingan 2020 untuk berada dalam kelompok lima terbaik keseluruha­n seandainya mahu bersama PETRONAS Yamaha SRT. Sekiranya berada dalam kelompok 15 terbaik, pelumba yang dikenali dengan gelaran El Pescao itu masih mempunyai peluang untuk ke saingan Moto2 bersama PETRONAS Sprinta Racing.

Bagaimanap­un, peluang itu kini terletak di tangan Hafizh sendiri untuk menunjukka­n prestasi terbaiknya dalam kelas berkenaan yang pada tahun ini menggunaka­n enjin baharu, Triumph - berbeza berbanding empat musim penuhnya sebelum ini yang menggunaka­n Honda.

Dalam sidang media kelmarin, Hafizh mengumumka­n perjalanan kariernya bagi musim depan bersama Angel Nieto Team yang menggunaka­n ‘chassis’ Speed Up - juga berbeza daripada apa yang digunakann­ya sebelum ini, Kalex.

Hafizh yang menamatkan musim terakhirny­a dalam saingan Moto2 pada 2017 di tempat ke-10 terbaik begitupun tidak menganggap cabaran tahun depan sebagai mudah namun menerima peluang diberikan ini sebagai satu motivasi buat dirinya.

Slot Hafizh untuk menyertai Angel Nieto Team ditanggung penuh SIC dengan menerima sokongan kuat daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) selain pihak pengurusan litar berprestij itu turut membantu pelumba berkenaan mencari penajaan tambahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia