Berita Harian

Persatuan resah manila tunda tarikh lawan pedang

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Lawan Pedang Malaysia (MFF) terpaksa berdepan dengan kesukaran apabila Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan SEA Filipina (PHISGOC) menunda tarikh pertanding­an acara itu.

Presiden MFF, Rusni Abu Hassan, berkata pihak penganjur menunda tarikh pertanding­an kepada 3 hingga 8 Disember ini iaitu bermula dua hari lewat berbanding tarikh asal akibat kelewatan dalam menyediaka­n venue pertanding­an di Pusat Dagangan Dunia Metro Manila.

“Walaupun hanya dua hari lewat, ia menyukarka­n kerana kami dah buat perancanga­n awal dan agak susah untuk mengubah jadual. Kita juga sudah membuat rayuan menerusi Majlis Olimpik Malaysia dan memberikan beberapa cadangan kepada penganjur seperti mengurangk­an hari pertanding­an ke empat hari, tetapi mereka berkeras dengan keputusan itu.

“Jadi kita terpaksa akur dengan keputusan penganjur. Kita dah buat rayuan kepada syarikat penerbanga­n untuk mengubah tarikh penerbanga­n, buat masa ini kami mendapat maklum balas positif,” katanya pada sidang media Team Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Rusni turut berharap MSN juga akan melangsaik­an baki peruntukan sebanyak RM23,000 kepada MFF secepat mungkin supaya wang itu dapat digunakan untuk fasa terakhir persediaan atlet lawan pedang ke Sukan SEA bulan depan.

Beliau mendakwa setakat ini MSN hanya menyalurka­n RM32,000 daripada RM55,000 yang diluluskan kepada MFF untuk persediaan ke Sukan SEA, manakala MFF juga berjaya mendapatka­n tajaan daripada pihak syarikat swasta.

Lebih mengejutka­n, Rusni berkata, bayaran Sukan SEA 2017 juga, masih tertunggak sebanyak RM16,000.

Dengan 12 pingat emas ditawarkan, Malaysia bakal diwakili oleh 22 atlet, terdiri daripada lapan atlet bagi disiplin foil, lapan dalam sabre dan enam lagi bagi epee, disertai oleh lima pegawai dan jurulatih.

Menurut Rusni, skuad foil kini menjalani latihan selama 20 hari di Jepun, manakala sebahagian atlet sabre berada di China sebagai persiapan untuk Kejohanan Asia Bawah-23 Tahun di Bangkok, bermula 23 hingga 28 Oktober ini, dalam usaha untuk meningkat ranking sebelum Sukan SEA.

Skuad lawan pedang negara sekadar meraih sebutir gangsa pada Sukan SEA 2017 menerusi Joshua Koh I-jie dalam acara epee lelaki. BERNAMA faham dengan Beng Kiang disebabkan tekanan sebagai pemain.

Dalam pada itu, Dr Siti Hasmah sempat berkongsi nasihat buat pemain muda mengenai resipi bagi mencapai kejayaan dalam sukan badminton.

“Ramai orang bertanya kepada saya apa yang saya lakukan ketika saya menjadi penaung (BAM) dan saya menjawab saya tidak melakukan apa-apa. Aspek teknikal saya serahkan kepada jurulatih serta pemain dan tanggungja­wab saya adalah menjadi ibu kepada mereka.,” kata Dr Siti Hasmah.

 ?? (Foto Syarafiq Abd Samad / BH ) ?? Siti Hasmah bersama Rashid serta bekas pemain badminton negara selepas melancarka­n majlis Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah di Menara OBYU, Petaling Jaya, semalam. Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
(Foto Syarafiq Abd Samad / BH ) Siti Hasmah bersama Rashid serta bekas pemain badminton negara selepas melancarka­n majlis Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah di Menara OBYU, Petaling Jaya, semalam. Dr Siti Hasmah Mohamad Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia