Berita Harian

Siti Hasmah dedah rahsia 27 tahun

Soon Kit-beng Kiang ‘bergaduh’ menjelang Piala Thomas 1992

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahka­n beliau terpaksa menjadi orang tengah bagi menyelesai­kan perselisih­an faham membabitka­n dua pemain beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang.

Isteri Perdana Menteri itu berkata, ia antara konflik yang berlaku di sebalik kejayaan Malaysia muncul juara Piala Thomas pada 1992 sekali gus menamatkan kemarau 25 tahun sejak kali terakhir pasukan negara bergelar juara trofi berprestij itu pada 1967.

“Dua pemain ini, mereka bergaduh antara satu sama lain. Saya terpaksa berjumpa dengan Soon Kit dan mengatakan kepadanya ‘Soon Kit, kamu tidak akan mendapat pasangan lain selain daripada Beng Kiang’.

“Selepas itu, saya bertemu pula dengan Beng Kiang dan mengatakan kepadanya, ‘Tiada pasangan lain tetapi Soon Kit, jadi kamu perlu bermain bersama.’

“Mereka akhirnya berpasanga­n dan membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas. Saya menyayangi mereka semua kerana mereka menghormat­i saya sebagai ibu dan saya tidak akan melupakan detik manis Malaysia muncul juara ketika itu,” kata Dr Siti Hasmah ketika berucap pada majlis pelancaran Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Presiden Akademi Badminton Sport Affairs, Raezal Hussein dan Pengarah Program Juara Tangkis, Rashid Sidek.

Pada aksi final Piala Thomas 1992, skuad badminton negara merekodkan gelaran kelima apabila muncul juara dengan menewaskan Indonesia 3-2.

Dalam aksi itu, gandingan Soon Kit-beng Kiang turut menyumbang­kan mata kepada pasukan apabila menewaskan pasangan Ricky Subagja-rexy Mainaky dalam perlawanan tiga set 15-12, 10-15, 15-8.

Soon Kit yang ditanya pemberita selepas itu mengenai pendedahan dibuat Dr Siti Hasmah secara berseloroh berkata ia adalah cerita lama tetapi mengakui memang berlaku perselisih­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia