Berita Harian

Syafiq tak rela pulang tangan kosong

-

Hanoi: Selepas meledak lima gol dalam tiga penampilan antarabang­sa terakhirny­a, Syafiq Ahmad harus menjadi pertaruhan terbaik Harimau Malaya untuk mengaibkan Vietnam di laman mereka pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.

Malah, penyerang berusia 24 tahun itu sendiri menegaskan dia tidak rela pulang dengan tangan kosong dan kedatangan­nya bersama pasukan di sini dengan keazaman tinggi, untuk meraih tiga mata penting.

“Saya yakin dengan diri sendiri dan rakan sepasukan, yang kami boleh cipta sesuatu di sini selepas tewas dua kali kepada mereka (Vietnam), di kejuaraan Piala AFF 2018 dan kali ini kita bukan datang untuk kalah lagi.

“Kita datang kali ini untuk meraih kemenangan dan akan beri (tampilkan prestasi) habishabis­an,” katanya kepada pemberita selepas sidang media praperlawa­nan, di sini, semalam.

Di atas kertas, kelebihan perlawanan esok sudah pasti milik Vietnam yang menghuni ranking ke-99 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke158, selain beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong mereka.

Namun, jika Malaysia mampu mengulangi prestasi terpuji ketika tewas tipis 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil dan menumbangk­an Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, bulan lalu, tidak mustahil keputusan positif dapat dilakar skuad kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe itu.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bagaimanap­un mengingatk­an rakan sepasukan memberi fokus sepenuhnya dan mengurangk­an kesilapan mudah yang membolehka­n lawan menghukum dengan menjaringk­an gol.

“Kita tahu Vietnam sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai kekuatan di setiap posisi. Perkara yang harus dielakkan adalah melakukan kesilapan mudah, kita juga perlu manfaatkan peluang yang diperoleh sebaik mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia