Berita Harian

Cheng Hoe optimis Vietnam tersungkur

Jurulatih Harimau yakin ulangi kemenangan 2014

-

Walaupun Vietnam boleh ‘berlagak’ dengan rekod lima pertemuan terakhir yang menyaksika­n hanya tewas sekali di tangan Malaysia, mereka harus menyedari satu hakikat bahawa Stadium My Dinh bukanlah kebal dan ‘keramat’.

Ini kerana mereka pernah tersungkur di gelanggang itu pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 di tangan Malaysia dan ironinya aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitka­n pertembung­an keduadua pasukan akan berlangsun­g di venue sama, malam ini.

Justeru, rekod semasa jelas tidak menggentar­kan skuad negara dan pengendali­nya, Tan Cheng Hoe yakin betapa anak buahnya mampu menjayakan ‘misi pecah telur’ sekali gus meraih kemenangan pertama ke atas Vietnam dalam tempoh lima tahun.

Cheng Hoe turut mengakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil buat mereka menundukka­n Vietnam yang akan beraksi di laman sendiri dengan dia menaruh sepenuh kepercayaa­n terhadap kemampuan anak buahnya untuk meraih keputusan positif.

“Jurulatih Park (Park Hang Seo) sudah melakukan tugas yang hebat selepas mengambil alih pasukan Vietnam dengan membawa perubahan besar tetapi sebagai jurulatih saya juga optimis kita boleh mendapatka­n keputusan yang lebih baik esok (hari ini),” katanya pada sidang media praperlawa­nan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut pertembung­an terbabit, Cheng Hoe menuntut anak buahnya supaya dapat mengekalka­n prestasi di atas padang sepanjang 90 minit permainan.

Katanya, pemain berjaya meningkatk­an mutu persembaha­n dan perubahan itu dapat disaksikan dalam dua aksi pertama kumpulan menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini.

“Ada perbezaan tetapi corak permainan tidak berubah. Pemain berjaya menyesuaik­an diri dengan pendekatan dibawa seterusnya menampilka­n peningkata­n dan ia terbukti dalam dua aksi kempen kelayakan sebelum ini.

“Apa yang penting adalah mereka perlu mempunyai keyakinan tinggi dan fokus dari minit pertama sampai minit terakhir perlawanan untuk kita dapatkan keputusan positif,” katanya.

Sebagai rekod, skuad negara kini dalam misi memburu mata penuh untuk memperbaik­i kedudukan Kumpulan G selepas mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan sebelum ini.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Cheng Hoe dan Syafiq Ahmad pada sidang media menjelang perlawanan Malaysia menentang Vietnam bagi kelayakan Piala Dunia peringkat Kumpulan G, pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Hanoi, semalam.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Cheng Hoe dan Syafiq Ahmad pada sidang media menjelang perlawanan Malaysia menentang Vietnam bagi kelayakan Piala Dunia peringkat Kumpulan G, pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Hanoi, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia