Berita Harian

Wan Jamak yakin Hanoi tak ‘seram’ mana pun

-

Kuala Lumpur: “Kalau di Jakarta yang lebih ‘gila’ pun mereka boleh hadap, sudah tentu di Hanoi tiada masalah!”

Itu keyakinan yang dilontarka­n bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan yang percaya barisan Harimau Malaya tidak akan ‘termakan’ dengan perang psikologi yang dilancarka­n penyokong Vietnam pada aksi di Stadium My Dinh, malam ini.

Mengakui Vietnam lebih baik berbanding Malaysia, namun Wan Jamak optimis skuad Harimau Malaya tidak perlu ‘goyang’ kerana tetap memiliki kekuatan tersendiri yang mampu menumbangk­an ‘Raja Asia Tenggara’ itu di laman keramat mereka.

“Pada pandangan saya, bahagian serangan Malaysia adalah elemen terkuat kerana sama seperti Vietnam, kita memiliki pemain yang pantas dan kreatif untuk mencorak serangan.

“Namun bahagian tengah Malaysia perlu lebih ‘padat’ kerana Vietnam adalah pasukan yang jauh berbeza dengan lawan mereka sebelum ini iaitu Sri Lanka. Mereka perlu pantas menyekat percubaan Vietnam daripada memberikan ruang untuk serangan balas pantas.

“Begitu juga dengan pertahanan di mana mereka perlu sentiasa berwaspada dan cepat menjangka apa yang cuba dilakukan oleh Vietnam. Mereka tidak boleh leka dan kalau semua pemain berikan 200 peratus, tidak mustahil kita boleh membawa pulang mata penuh,” katanya.

Malaysia akan membuat perhitunga­n dengan Vietnam bagi aksi ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mereka perlu menang aksi ini untuk kembali pada landasan terbaik untuk melayakkan diri ke saingan berprestij itu.

Anak buah Tan Cheng Hoe membuka kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Indonesia 3-2 di Jakarta, namun permulaan baik ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi di laman sendiri gagal diteruskan apabila tumbang 2-1.

Bagi Vietnam, ini aksi kedua mereka dan skuad Naga Merah sudah tentu tidak mahu kalah atau seri selepas sekadar terikat tanpa jaringan dengan satu lagi jiran Asia Tenggara, Thailand.

Bagaimanap­un, rekod pertemuan jelas memihak kepada skuad bimbingan Park Hang Seo itu apabila Malaysia hanya memenangi satu daripada lima pertemuan terakhir, itupun pada 2014 ketika mereka menewaskan lawan dengan keputusan 4-2. Hanoi: Rekod lima pertemuan terakhir

2018 2018 2018 2016 2014

Vietnam 1 Malaysia 0 Piala AFF Malaysia 2 Vietnam 2 Piala AFF Vietnam 2 Malaysia 0 Piala AFF Malaysia 0 Vietnam 1 Piala AFF Vietnam 2 Malaysia 4 Piala AFF

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia