Berita Harian

Rakyat harapkan Belanjawan 2020 jujur

-

Kuching: Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an esok harus jujur dan ikhlas untuk menunjukka­n Kerajaan Persekutua­n prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ekwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Abdullah Saidol, berkata kejujuran itu perlu kerana belanjawan itu akan mencermink­an keadaan ekonomi negara ketika ini.

Jelas beliau, ini kerana belanjawan terbabit bukan hanya akan dikaji oleh rakyat Malaysia tetapi turut dinilai oleh pelabur asing.

“Belanjawan 2020 bukan hanya berkiblatk­an ke arah kesejahter­aan rakyat tetapi strukturny­a perlu jujur dan ikhlas.

“Kementeria­n Kewangan tidak hanya bertanggun­gjawab menyediaka­n belanjawan yang meyakinkan untuk pembanguna­n negara kita tetapi juga memperkena­lkan Dasar Ekonomi Yang Boleh Dipercayai dan Boleh Dicapai yang menunjukka­n fiskal kita diuruskan dengan baik.

“Demi kebaikan semua warga negara, janganlah terlalu banyak gimik politik dalam pembentang­an inti pati belanjawan negara. Kedudukan ekonomi dan kebajikan rakyat mesti diutamakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abdullah berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan pedalaman, perkara utama yang beliau harapkan menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2020 ialah pembanguna­n luar bandar, pendidikan dan kebajikan warga tani serta nelayan.

“Peruntukan pembanguna­n di luar bandar seperti menyediaka­n kemudahan klinik baharu, balai bomba dan polis dan kemudahan lain yang menjadi tanggungja­wab Kerajaan Persekutua­n adalah sangat kita harapkan diberi keutamaan dalam belanjawan kali ini,” katanya.

Belanjawan 2020 bukan hanya berkiblatk­an ke arah kesejahter­aan rakyat tetapi strukturny­a perlu jujur dan ikhlas. Abdullah Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ekwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia