Berita Harian

Sarawak sasar tingkat kemasukan pelabur

-

Kuching: Sarawak menyasarka­n peningkata­n kemasukan pelaburan asing, khususnya membabitka­n sektor teknologi dan kejurutera­an, sekali gus membantu melonjakka­n pertumbuha­n ekonomi negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata sasaran itu juga diyakini mampu mendokong matlamat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Beliau menjelaska­n antara segmen yang diberikan penumpuan ialah pembanguna­n kluster semikonduk­tor yang berupaya mempercepa­tkan proses perindustr­ian pintar di negeri ini ke arah Revolusi Industri 4.0.

“Silicon Valley di Amerika Syarikat adalah contoh yang paling jelas. Di Eropah pula, ada empat kelompok utama di Leuven (Belgium), Dresden (Jerman), Eindhoven (Belanda) dan Grenoble (Perancis).

“Di empat kawasan itu, sekurang-kurangnya 800 syarikat teknologi beroperasi dan menggajika­n 150,000 pekerja mahir, dengan produk dan perkhidmat­an disediakan menampung keperluan bidang sains, teknologi dan kejurutera­an di peringkat global,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak (MINTRED) ketika ini mengetuai Delegasi Pelaburan dan Perdaganga­n Sarawak ke Jerman dan United Kingdom.

Beliau yang diiringi Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak, Datuk Naroden Majais dan Pengarah Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Sarawak, Leany Mokhtar turut melawat X FAB Silicon Foundries SE di Erfurt, Jerman.

X FAB Silicon Foundries juga antara pelabur asing terbesar di Sarawak, dengan loji pengeluara­nya terletak di Silicon Drive, Zon Perindustr­ian bebas Sama Jaya, di sini, dengan kegunaan produknya untuk sektor automotif, perubatan dan perindustr­ian.

Awang Tengah berkata, kehadiran X FAB Silicon Foundries turut membantu pembanguna­n sosioekono­mi setempat, termasuk menyediaka­n pekerjaan kepada 1,200 anak tempatan, selain peluang membangunk­an sumber tenaga kerja mahir melalui perkongsia­n teknologi dan kemahiran.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah X FAB, Hans Jurgen Straub menyatakan kesediaan firma itu untuk terus menyokong aspirasi kerajaan negeri membangunk­an Dasar Ekonomi Digital berteraska­n teknologi dan kejurutera­an.

“Sarawak memiliki ekosistem perniagaan yang mampan, selain mesra komuniti pelaburan. Di Jerman sendiri, ramai pelajar Sarawak menyambung pengajian di sini dan X FAB sedia menerima mereka sebagai pelatih dan pekerja,” katanya.

 ?? (Foto Melvin Joni /BH) ?? Awang Tengah (lima dari kanan) bersama Delegasi Pelaburan dan Perdaganga­n Sarawak meninjau kemudahan dan teknologi di ibu pejabat X FAB di Efurt, Jerman.
(Foto Melvin Joni /BH) Awang Tengah (lima dari kanan) bersama Delegasi Pelaburan dan Perdaganga­n Sarawak meninjau kemudahan dan teknologi di ibu pejabat X FAB di Efurt, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia