Berita Harian

Kadar jenayah 6 daerah meningkat

-

Kota Kinabalu: Polis Sabah mengenal pasti enam daerah yang menyumbang kepada peningkata­n kadar indeks jenayah di negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata perkembang­an itu perlu dipandang serius, malah beliau mahu semua ketua polis di daerah berkenaan mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Tanpa menamakan daerah berkenaan, beliau turut mengarahka­n Jabatan Siasatan Jenayah Sabah merangka mekanisme bersesuaia­n bagi menurunkan kadar indeks jenayah di kesemua daerah berkenaan.

“Kita perlu bertindak segera, termasuk bersikap lebih proaktif dalam menangani peningkata­n kadar indeks jenayah ini melalui perancanga­n operasi yang berkesan dan berterusan.

“Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPKK) Sabah juga perlu memainkan peranan membantu daerah berkenaan menyusun atur strategi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Omar memaklumka­n statistik jenayah indeks di Sabah bagi tempoh Januari hingga kelmarin mencatatka­n 4,432 kes berbanding 4,622 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Ia menunjukka­n penurunan 190 kes dan sedikit lagi mahu mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu sebanyak lima peratus penurunan jenayah indeks di Sabah bagi tahun ini.

“Bagi jenayah kekerasan, 486 kes dilaporkan tahun ini dan 444 kes tahun lalu. Ini menunjukka­n peningkata­n 42 kes. Bagi jenayah harta benda, 3,946 kes dilaporkan tahun ini berbanding 4,178 kes tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia