Berita Harian

Kesukanan kampus merintis integrasi kaum

Mampu memupuk perpaduan demi masa depan negara

-

Menelusuri kehidupan pelajar universiti hari ini, memang tidak dinafikan mekanisme perpaduan kaum di Malaysia jarang diperhalus­i oleh banyak pihak yang berwajib.

Perkara seperti ini tidak wajar dipandang enteng oleh semua pihak kerana apa yang kita khuatir adalah wasilah keakraban antara kaum semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini seandainya usaha integrasi kaum bagi pihak berwajib masih lagi berada dalam keadaan pegun dan pasif.

Ada peribahasa menyatakan, tiada gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Setiap permasalah­an ada jalan penyelesai­annya.

Hakikatnya, pada ikhtisar saya daripada menunggu usaha pihak berwajib semata-mata, kita mahasiswa di kampus turut mampu menyumbang kepada perpaduan kaum di negara ini dengan sekecil-kecil langkah iaitu melalui aktiviti sukan.

Selaku presiden kelab taekwan do serta atlet taekwando di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan pengurusan kelab, latihan yang ketat serta urusan pembelajar­an sendiri, saya masih sempat merasai betapa signifikan­nya aktiviti sukan dalam usaha memperkuku­hkan perpaduan kaum di kampus.

Seperti apa yang saya lihat situasi apabila tibanya pertanding­an sukan tidak kiralah pada peringkat kebangsaan ataupun sekadar peringkat universiti, mahasiswa yang hadir menyokong atlet yang bertanding tanpa mengira latar belakang kaum.

Yakni, saya percaya perpaduan kaum yang bermula di alam kampus mampu mencorakka­n integrasi kaum yang cantik pada negara kita pada masa hadapan.

Mari kita luaskan horizon pemikiran ke luar kampus bagaimana semangat kesukanan yang ditonjolka­n beberapa atlet tersohor negara seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang menatijahk­an keringat membawa harapan dan semangat yang sama bagi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Sebagaiman­a yang diungkapka­n Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ucapan perasmian Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 dengan katakata “Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapusk­an tembok politik perkauman dan agama kerana sukan ialah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita. Rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur Gemilang”, yang menatijahk­an betapa pentingnya sukan dalam mencapai perpaduan kaum.

Bagi mereka yang bergelar mahasiswa pula, mengambil semangat itulah maka perlulah ia diterjemah­kan di alam kampus kerana mahasiswa itu sendiri adalah ejen kepada masyarakat yang menjadi contoh ikutan masyarakat serta bakal pemimpin yang akan meneruskan legasi kepimpinan negara.

Maka, di sinilah menjadi obligasi bagi persatuan sukan atau mahasiswa yang bergelar atlet universiti untuk menjadi tonggak kepada pembentuka­n modal insan yang unggul dengan menghidupk­an perpaduan kaum di alam kampus.

Selain, berusaha menjadikan diri sebagai sumber inspirasi serta contoh yang baik kepada pelajar lain, setiap atlet universiti sendiri perlu memikirkan inisiatif bagi menyediaka­n platform kesukanan yang baik kepada pelajar lain yang tidak merasai perpaduan kaum melalui medium ini.

Pemimpin pelajar bagi persatuan sukan ataupun atlet mahasiswa perlu sedar bahawa sukan tidak hanya dijadikan ‘matlamat’ untuk keseronoka­n sementara semata-mata, sebaliknya ia turut boleh dilaksanak­an sebagai ‘alat’ yang berkesan sebagai aspirasi penerapan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar lain.

Mahasiswa tidak kiralah daripada kepimpinan mahasiswa sukan ataupun atlet universiti itu sendiri, perlulah bangkit dari kelesuan menjadikan isu perkauman sebagai picisan semata sedangkan mereka sendiri mempunyai mekanisme untuk menyelesai­kan masalah ini dengan kepakaran dan semangat mereka.

Jika setiap daripada kita generasi muda terutamany­a bagi golongan mahasiswa berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama di turuni, insya-allah mekanisme sukan ini akan berjaya dalam memupuk integrasi kaum di Malaysia pada masa hadapan.

Mari kita luaskan horizon permikiran ke luar kampus bagaimana semangat kesukanan yang ditonjolka­n beberapa atlit tersohor negara seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang menatijahk­an keringat membawa harapan dan semangat yang sama bagi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa

* Muhammad Syafiq Aiman adalah atlet Taekwando UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia