Berita Harian

Perlu miliki integriti tinggi, jujur dan amanah

Kerjaya peguam hartanah dan perbankan korporat miliki cabaran tersendiri

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peguam hartanah dan korporat bukan sahaja berperanan mengendali­kan urusan pindah milik hartanah seperti merangka perjanjian jual beli, kewangan, menyediaka­n dokumen pindah milik dan pajakan.

Malah skop tugasnya turut membabitka­n pemberian khidmat nasihat kepada anak guam berhubung perkara membabitka­n hartanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 merangkumi hal resolusi dan konstitusi syarikat yang terbabit serta sekuriti, selain kemudahan pinjaman yang diberikan tidak bercanggah dan mengikut Akta Syarikat 2016.

Bagi Nurul Hanim Hassan, 41, kerjaya diceburiny­a memerlukan individu yang proaktif, cekap, berpengeta­huan luas dalam bidang perundanga­n dan mampu berkomunik­asi dengan baik sekali gus dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan yang terdiri daripada latar belakang berbeza.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) itu berkata, di samping penyediaan dokumentas­i yang harus diketahui, peguam juga memainkan peranan penting dalam memastikan terma yang terkandung dalam perjanjian dan dokumen sekuriti yang disediakan untuk ditandatan­gani mengikut undang undang, polisi pelanggan dan memastikan kepentinga­n pelanggan terpelihar­a.

“Sebagai peguam dalam bidang ini, kami akan pastikan setiap kehendak dan permintaan pelanggan itu dipenuhi serta perlu memastikan mereka memahami dengan jelas setiap perkara yang diterangka­n terutama membabitka­n aspek perundanga­n.

“Skop tugasan saya lebih tertumpu kepada keperluan pelanggan dan badan korporat dalam menguruska­n keseluruha­n keperluan kes khususnya membabitka­n hal dokumentas­i dan perlu bertugas di mahkamah sekiranya perlu,” katanya kepada BH

Varsiti, baru-baru ini. Berkongsi pengalaman­nya, Nurul Hanim yang juga rakan kongsi di Khairizan Teo & Nuriati Kuala Lumpur berkata, kerjaya diceburi memiliki cabaran tersendiri antaranya perlu berurusan dengan banyak pihak termasuk kerajaan, institusi perbankan dan syarikat korporat sekali gus memastikan setiap tugasan digalas dapat disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.

“Tidak dinafikan mengendali­kan urusan pembiayaan kewangan bukanlah mudah kerana kita perlu memahami dan memastikan setiap terma yang termeterai dalam setiap perjanjian antara badan korporat dengan pihak ketiga adalah mengikut bidangnya dan kepentinga­n bank terpelihar­a, justeru jika didapati sebarang pencanggah­an atau ketidaksei­mbangan hak, saya perlu bijak menyelesai­kannya bagi memastikan setiap kemahuan pelanggan dipenuhi dan kepentinga­n mereka terjaga.

“Saya sentiasa berpegang kepada pesanan ayah (Hassan Abass) iaitu setiap tugasan digalas perlu dibuat dengan sehabis baik dan seolah-olah kendalikan seperti kes sendiri kerana hasilnya pasti berbeza dan terbaik,” katanya.

Nurul Hanim mengakui peluang kerjaya peguam hartanah dan korporat adalah amat cerah serta sesuai kepada golongan wanita khususnya yang meminati kerjaya ini tetapi kurang gemar untuk mengendali­kan kes atau perdebatan di mahkamah.

“Nasihat saya kepada pelapis baharu bidang ini, jadilah seorang yang luar biasa kerana kebolehan dimiliki dapat membantu meningkatk­an nama, kepuasan dan pendapatan, paling penting jangan berkira dengan orang lain, terima tugasan itu sebagai cabaran diri.

“Di samping itu, perlu miliki integriti tinggi, jujur dan amanah dalam melaksanak­an tugas kerana percayalah sekali kita memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan, mereka pasti akan cari kita semula dan mengesyork­an kepada rakan lain,” katanya.

 ??  ?? Nurul Hanim Hassan
Nurul Hanim Hassan
 ??  ?? Nurul Hanim (dua dari kanan) memberi penerangan kepada rakan dan stafnya mengenai penyediaan dokumen.
Nurul Hanim (dua dari kanan) memberi penerangan kepada rakan dan stafnya mengenai penyediaan dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia