Berita Harian

Kecacatan bukan penghalang kejayaan

Graduan OKU buktikan mereka mampu menggengga­m segulung ijazah

-

Cyberjaya: Tiga graduan kurang upaya (OKU) membuktika­n bahawa kecacatan fizikal tidak menghalang mereka daripada menggengga­m segulung ijazah pada Majlis Konvokesye­n Ke-20 Universiti Multimedia (MMU), di sini baru-baru ini.

Mereka adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Pengurusan Pemasaran), Adi Zikri Che Ali, 30, Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Ratheka Mariappan, 27, dan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Wang Jia Xin, 23,

Pada majlis konvokesye­n yang berlangsun­g selama dua hari itu, mereka masing-masing menerima skrol daripada Canselor MMU, Tun Zaki Tun Azmi dan Pro-canselor, Profesor Akademik, Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.

Adi Zikri, anak kedua daripada enam beradik berasal dari Pekan, Pahang, berkata kekurangan diri tidak pernah melemahkan semangatny­a sebaliknya ia menjadi motivasi untuk membuktika­n bahawa beliau boleh berjaya sebagaiman­a insan normal lain.

“Dorongan ahli keluarga terutama ayah yang sentiasa percaya bahawa saya boleh berjaya seperti anak-anak lain tiada beza,” katanya yang terpaksa bergerak menggunaka­n kerusi roda.

“Sumber inspirasi saya ialah Nick Vujicic, seorang pakar motivasi antarabang­sa yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki, kalau beliau tanpa tangan dan kaki boleh berjaya maka apa alasan saya untuk tidak berjaya,” katanya yang juga anak kepada seorang pesara tentera.

Bagi Ratheka pula, yang dibesarkan oleh ibu tunggal, Parameswar­i Mutha Ragappan, masalah pekak dan bisu yang dihadapiny­a bukan penghalang kerana ia membentuk sikapnya yang sentiasa berusaha lebih gigih dan memberi tumpuan dalam sesuatu pekerjaan untuk menempah kejayaan.

“Di dalam bilik kuliah, saya terpaksa berkomunik­asi dengan pensyarah dan rakan menggunaka­n kertas dan pen selain terpaksa bergantung kepada paparan slaid.

“Namun saya bersyukur dan berterima kasih kerana orang di sekeliling saya selalu memberi sokongan, bantuan dan memahami keadaan saya,” katanya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor dan kini bekerja di Kementeria­n Belia dan Sukan.

Sementara itu, Jia Xin, berkata, kejayaanny­a itu ditujukan kepada ahli keluarga, pensyarah dan rakan yang sentiasa memberi sokongan dalam saat suka dan duka mengharung­i pengajian.

“Sayaamatbe­rterimakas­ihkerana Fakulti Perniagaan membenarka­n saya memilih sendiri jadual kuliah dan pensyarah serta turut mengubah lokasi bilik kuliah bagi memudahkan pergerakan saya,” katanya yang me-nghidap cerebral palsy sejak kecil.

“Walaupun seluruh dunia memandang kekurangan anda tetapi anda tetap perlu terus sentiasa percaya kepada diri sendiri bahawa anda boleh melakukann­ya dengan terbaik, ini kerana setiap awan hitam terdapat garisan sinar cahaya,.” katanya.

Seramai 3,509 graduan menerima ijazah masing-masing termasuk 34 graduan di peringkat doktor falsafah, ijazah sarjana (114); graduan sarjana muda (2,732) dan diploma (629).

 ??  ?? Adi Zikri Che Ali
Adi Zikri Che Ali
 ??  ?? Wang Jia Xin
Wang Jia Xin
 ??  ?? Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq (kanan, berdiri) bermesra dengan Adi Zikri dan Jia Xin bersama keluarga mereka pada Majlis Konvokesye­n MMU Ke-20 di Cyberjaya.
Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq (kanan, berdiri) bermesra dengan Adi Zikri dan Jia Xin bersama keluarga mereka pada Majlis Konvokesye­n MMU Ke-20 di Cyberjaya.
 ??  ?? Ratheka (kiri) meraikan kejayaan bersama ibunya, Parameswar­i pada Majlis Konvokesye­n MMU ke-20 di Cyberjaya, baru-baru ini.
Ratheka (kiri) meraikan kejayaan bersama ibunya, Parameswar­i pada Majlis Konvokesye­n MMU ke-20 di Cyberjaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia