Berita Harian

Membentuk minda keusahawan­an

-

Johor Bahru: Kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti awam menghadiri sesi perkongsia­n ilmu keusahawan­an daripada pengasas Ummiriaz, Azura Shafawi di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru, baru-baru ini.

Program dikenali A Journey

To The World's Market, itu bertujuan membentuk minda keusahawan­an dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa, selain bermatlama­t melahirkan graduan bersifat holistik seiring menempuhi cabaran alam pekerjaan kelak.

Peserta program, Zetty Raihan Mohd Yassin, berkata penceramah tidak lokek berkongsi pengalaman sebagai contoh, ketika mereka mula menamatkan kerjaya dalam bidang perancanga­n bandar untuk menceburka­n diri dalam bidang perekaan fesyen dan perniagaan.

“Penceramah (Azura) berkongsi ciri-ciri dan karisma yang perlu ada dalam diri usahawan muda seperti perlu kenal diri sendiri untuk tahu bakat dan kelebihan yang ada pada diri, seterusnya menterjema­hkannya menjadi kerjaya.

“Penceramah turut berkongsi panduan dan cabaran yang dihadapi untuk membina jenama tempatan dan antarabang­sa seterusnya berusaha untuk mengekalka­n kekuatan jenama di persada antarabang­sa seperti menyertai pelbagai pertanding­an fesyen untuk menaikkan nama jenama,” katanya kepada BH Varsiti.

Yang turut hadir ialah penyelaras program, Prof Madya Dr Shukor Abd Razak.

Program yang diadakan bersempena dengan penganjura­n UTM Innovate Johor 2019 melalui slot Icon Talk itu adalah platform kepada penyelidik dan pelajar untuk berkongsi serta mempamerka­n hasil inovasi yang boleh dimanfaatk­an komuniti dan industri tempatan.

Sementara itu, Dr Shukor berkata program itu diadakan bagi memberi gambaran kepada peserta agar berani mengejar cita-cita sendiri dan mampu mengubah minat kepada aktiviti yang mampu menjana pendapatan sekali gus menjadikan­nya kerjaya cemerlang.

Azura ialah usahawan muda berlatar belakangka­n bidang perancanga­n bandar dan memiliki Sarjana Perancanga­n Bandar dan Wilayah dari Fakulti Alam Bina serta Ukur, UTM namun mengambil langkah berani menubuhkan sebuah syarikat jenama busana muslimah tempatan.

 ??  ?? Antara peserta yang hadir pada sesi perkongsia­n ilmu keusahawan­an 'A Journey To The World’s Market’ di Johor Bahru, baru-baru ini.
Antara peserta yang hadir pada sesi perkongsia­n ilmu keusahawan­an 'A Journey To The World’s Market’ di Johor Bahru, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia