Berita Harian

‘Doakan kami’

Mohon bercerai, Adira utamakan anak dalam krisis hubungan dengan Datuk Red

- Oleh Farhana Ab Rahman farhana@bh.com.my

“Saya hanya mahu yang terbaik buat anak-anak.”

Itu penjelasan penyanyi Adira Suhaimi, 28, sebaik selesai prosiding pelantikan hakam oleh mahkamah berhubung permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor, semalam.

Menamatkan spekulasi hubungan bersama suami, sambil dikerumuni wartawan, Adira yang tampak tenang, enggan mengulas lanjut.

Ini berikutan masalah rumah tangganya dengan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, sudah dibawa kepada pengetahua­n mahkamah.

Sebaliknya, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 28, meminta orang ramai mendoakan semoga segala urusannya lancar.

“Maaf, saya tidak boleh membuka mulut mengenai perkara ini kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah. Saya hanya mahukan yang terbaik buat diri dan anak-anak.

“Insya-allah, apabila tiba masanya, pasti saya akan berkongsi kepada umum mengenai status diri. Buat masa ini, doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Terdahulu, Adira yang berasal dari Ranau, Sabah, tiba di mahkamah jam 3.05 petang. Adira ditemani peguamnya, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.

Adnan yang berkopiah dengan persalinan kurta rona merah jambu, tiba bersama dua rakan. Beliau diwakili peguam, Mohd Hafiz Abd Rashid.

Adira memfailkan permohonan perceraian pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ketika disoal Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai pendiriann­ya memohon cerai, Adira menjelaska­n dia tetap mahu meneruskan perceraian itu.

Bagaimanap­un, Adnan ketika disoal Mohd Faizal, membantah. Sepatutnya, pada prosiding itu, pelantikan hakam pegawai mahkamah ditetapkan, namun terpaksa ditangguhk­an.

Ini berikutan Mohd Hafiz yang mewakili Adnan, memohon permohonan cerai ditangguhk­an. Anak guamnya sedang membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hakam keluarga.

Insya-allah, apabila tiba masanya, pasti saya akan berkongsi kepada umum mengenai status diri. Buat masa ini, doakan yang terbaik buat saya. Adira, Penyanyi

Mohd Faizal kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian itu.

Sejak beberapa bulan lalu, gosip bertebaran konon rumah tangga penyanyi Pujaan Hati itu berantakan.

Namun, baik Adira mahupun Adnan, masing-masing menafikan perkara itu dan mempertaha­nkan rumah tangga mereka masih utuh.

Sedar gosip mengenai hubunganny­a dengan suami hangat diperkatak­an, Adira yang berpakaian serba hitam, akur dengan sebarang keputusan.

“Sekiranya jodoh masih panjang, saya terima seadanya.

“Namun, sekiranya rumah tangga kami bernoktah di sini, saya terima dengan baik. Saya serahkan semuanya kepada Allah untuk mengatur perjalanan hidup saya mengikut ketentuann­ya,” katanya.

Adira memohon orang ramai mendoakan agar kemelut rumah tangganya menemui jalan penyelesai­an.

“Saya memohon kepada orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat saya dan anak-anak.

“Selain menghormat­i proses mahkamah, saya juga enggan membuka aib mana-mana pihak,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Adnan yang mendakwa tidak tahu-menahu Adira mahu memfailkan perceraian, malah menyatakan mereka masih bersama, penyanyi itu enggan mengambil ‘pusing’ atau memberi perhatian kepadanya.

“Dia ada mendakwa kami baru sahaja ‘bersama’, katanya, itu sekadar gurauan kepada media.

“Sehubungan itu, saya tidak terlalu ambil pusing apa yang diperkatak­an suami,” katanya yang mencipta nama selepas menyertai musim kelapan Akademi Fantasia (AF). Sementara itu, Adnan teguh dengan pendirian mempertaha­nkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu.

Malah, Adnan mahu memujuk isterinya sepanjang tempoh penangguha­n prosiding.

“Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Jadi saya cuba sedayaupay­a mempertaha­nkan rumah tangga ini.

“Tidak kisah jika ada yang menganggap saya menggunaka­n anak-anak sebagai senjata. Saya ingin memenangi hati Adira kembali,” katanya.

Adnan berkata, apa yang boleh dianggap suatu peringatan buat dirinya.

“Mungkin apa yang berlaku ini adalah peringatan buat saya yang terlepas pandang sesetengah perkara, suatu ketika dahulu.

“Jadi, tempoh penangguha­n prosiding digunakan sebaiknya untuk memikat semula hati isteri. Selain itu, saya dapat memperbaik­i sedikit sebanyak kelemahan diri,” katanya.

Adira dan Adnan memiliki tiga anak aiitu Anggrek berusia dua tahun, Assan (setahun) dan Anggun yang dilahirkan pada 8 Ogos lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Adira dan suami melayan pertanyaan media mengenai krisis rumah tangga mereka.
Adira dan suami melayan pertanyaan media mengenai krisis rumah tangga mereka.
 ??  ?? Adira bersama Anggrek dan Assan.
Adira bersama Anggrek dan Assan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia