Berita Harian

‘England sedia keluar padang’

Jika jadi sasaran perkauman jumpa Republik Czech, Bulgaria

-

London: Pemain England sedia meninggalk­an padang jika mereka menjadi sasaran serangan perkauman ketika perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Bulgaria, kata penyerang, Tammy Abraham.

England bertemu Republik Czech dalam aksi Kumpulan A di gelanggang lawan, awal pagi Sabtu waktu Malaysia sebelum membuat kunjungan ke Bulgaria bagi mengharung­i perlawanan di stadium yang hampir ditutup susulan sikap perkauman yang ditunjukka­n penyokong tuan rumah pada Jun lalu.

“Jika ia terjadi kepada salah seorang daripada kami, ia berlaku kepada kami semua,” kata Abraham memetik laporan BBC. “Harry Kane (kapten) berkata, jika kami tidak gembira, jika pemain tidak gembira, kami semua akan keluar dari padang bersama-sama.”

Jurulatih England, Gareth Southgate membuat perjumpaan bersama barisan pemainnya, Isnin lalu bagi membincang­kan tindakan yang akan diambil jika mereka berterusan menjadi sasaran perkauman pada masa depan.

Protokol badan induk Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) untuk perkauman memberikan kebenaran kepada pengadil untuk menghentik­an perlawanan jika amaran kepada penyokong untuk menghentik­an serangan perkauman kepada pemain tidak diendahkan.

“Perjumpaan itu dibuat jika ia berlaku, yang malangnya ia kadang-kala berlaku. Apa yang kami perlu lakukan dan apa protokol mengenainy­a,” kata seorang lagi pemain England, Fikayo Tomori memetik laporan Sky Sports.

“Dia (Southgate) hanya memberi taklimat kepada kami apa yang akan berlaku. Kami sepatutnya bersedia kerana kami tahu kadang kala kamu pergi ke sesebuah negara dan perkara seperti itu boleh berlaku.”

UEFA mengarahka­n Stadium Nasional Bulgaria ditutup separuh berikutan sikap perkauman yang ditunjukka­n penyokong pasukan itu ketika perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Kosovo, Jun lalu.

Sementara itu, England menyenarai­kan penjaga gol, Sheffield United, Dean Henderson buat pertama kali berikutan kecederaan Tom Heaton kata FA England.

Henderson, 22, yang dipinjamka­n ke Sheffield United oleh Manchester United, menyertai skuad 24 pemain Southgate semalam selepas Heaton kembali ke Aston Villa susulan kecederaan dalam kemenangan di Norwich City hujung minggu lalu.

Henderson dikritik oleh pengendali kelabnya, Chris Wilder selepas memberikan kemenangan 1-0 kepada pendahulu, Liverpool di Bramall Lane pada 28 September, tetapi dia bangkit dengan keputusan seri tanpa jaringan di Watford pada Sabtu.

England ketika ini menghuni tangga teratas kumpulan selepas mengutip 12 mata dan akan layak ke pusingan akhir jika mereka menewaskan pasukan tangga kedua, Republik Czech.

 ?? (Foto AFP) ?? Penjaga gol England, Nick Pope (tengah) dan pemain tengah, Jordan Henderson (kanan) menjalani latihan di St George's Park Burton, kelmarin.
(Foto AFP) Penjaga gol England, Nick Pope (tengah) dan pemain tengah, Jordan Henderson (kanan) menjalani latihan di St George's Park Burton, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia