Berita Harian

Harapan untuk belia

Kementeria­n usul dana khas RM6B cipta peluang kerja, tingkat elaun TVET

- Laporan Luqman Arif Abdul Karim.

Belanjawan 2020 diharap bawa tiga ‘berita gembira’ untuk golongan muda melalui penyediaan dana khas RM6 bilion bagi mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi dalam tempoh lima tahun, peningkata­n RM100 elaun Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan gaji minimum RM1, 200 sebulan.

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berharap Belanjawan 2020 akan menyebelah­i orang muda dengan memberikan sekurang-kurangnya ‘tiga berita gembira’ bagi memacu sosioekono­mi golongan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mengusulka­n dana khas bernilai RM6 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi bagi tempoh lima tahun, peningkata­n elaun penuntut Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebanyak RM100 dan peningkata­n gaji minimum kepada RM1,200 dimasukkan dalam belanjawan kali ini.

Katanya, langkah sedemikian wajar dilaksanak­an untuk menjamin gaji diterima golongan muda lebih bermaruah dan mampu menampung peningkata­n kos sara hidup, selain memperoleh kemahiran berkaitan bagi meningkatk­an tahap kebolehpas­aran mereka.

“Kita sudah bincang usaha ini sepanjang enam bulan lalu dengan Kementeria­n Kewangan dan agensi lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

“Kita harap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, boleh bersetuju dengan cadangan ini,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama NSTP, kelmarin.

Seiring manifesto Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq berkata, peningkata­n gaji minimum RM100 pada tahun depan kepada RM1,200 adalah langkah bersesuaia­n supaya isu yang sering dibangkitk­an dalam kalangan masyarakat ditangani berfasa.

Katanya, tanggapan bahawa golongan muda mempunyai banyak masa dan fokus utama kerajaan seharusnya diletakkan terhadap kumpulan lebih berusia adalah salah.

“Sebaliknya, golongan muda ialah masa depan negara dan mereka tidak boleh menunggu untuk kita membuat pelaburan sewajarnya kepada kelompok ini.

“Kerajaan harus sediakan mereka dengan memperuntu­kkan kemahiran dan dana berkaitan supaya menjadikan golongan muda barisan utama yang menerajui pertumbuha­n negara,” katanya.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ??
(Foto Aizuddin Saad/bh)
 ?? [Foto hiasan] ?? Usul peningkata­n elaun pelatih TVET pacu sosioekono­mi golongan muda.
[Foto hiasan] Usul peningkata­n elaun pelatih TVET pacu sosioekono­mi golongan muda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia