Berita Harian

Veteran UMNO setuju MCA kekal bertanding

Pandangan ambil kira semangat parti, sokong keputusan pucuk pimpinan

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sehari selepas MIC menuntut Barisan Nasional (BN) mengekalka­n MCA bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, nada sama turut disuarakan Veteran UMNO semalam.

Pandangan berkenaan dibuat dengan mengambil kira semangat BN walaupun berdasarka­n komposisi kaum dan pengundi di Tanjung Piai, Melayu adalah kumpulan terbesar dengan 55 peratus berbanding Cina sebanyak 42 peratus.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata atas semangat BN, tidak salah memberi peluang sekali lagi kepada MCA bertanding PRK berkenaan walaupun mengikut komposisi kaum, Tanjung Piai wajar diwakili calon Melayu atau UMNO.

“Bagaimanap­un, itu (calon mengikut kaum majoriti) bukan perkiraan politik atas semangat BN. Tidak dinafikan UMNO Tanjung Piai sudah lama menuntut kerusi itu diserahkan kepada UMNO, tetapi atas semangat BN, pucuk pimpinan parti menyerahka­nnya kepada MCA,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau juga tidak menafikan kekuatan BN di Tanjung Piai adalah kerana UMNO yang menjadi tonggak gabungan parti berkenaan di kawasan Parlimen terbabit.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, katanya, kekalahan calon BN dengan hanya 524 undi adalah kerana tsunami politik apabila undi Melayu berpecah kepada PAS dan sedikit menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Namun dengan suasana politik sekarang, terutama selepas pemeteraia­n Piagam Muafakat Nasional UMNO dan PAS, maka BN bertambah kuat. Tanjung Piai pasti milik BN,” katanya.

Bagaimanap­un, Mustapha menyerahka­n kepada pucuk pimpinan BN untuk membuat keputusan akhir dan Veteran UMNO akan menyokong keputusan itu.

“Veteran UMNO akan menyokong. Sudah pasti pucuk pimpinan BN akan mengambil kira semua aspek," katanya.

Kelmarin, Presiden MIC, Tan Sri A Vigneswara­n menegaskan UMNO tidak sepatutnya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada MCA.

Yang di-pertua Dewan Negara itu juga dilaporkan berkata, BN wajar mengambil peluang membuktika­n pembangkan­g mampu menerajui kerajaan yang dibentuk menerusi kepemimpin­an pelbagai kaum dan agama.

Reaksi itu susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu yang memberi bayangan UMNO bakal bertanding PRK berkenaan dengan menggunaka­n alasan, pengundi Melayu di situ mahukan perubahan.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang­nya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 21 September lalu.

Pada PRU-14, Allahyarha­m yang juga pakar bius, menang kerusi terbabit dengan majoriti 524 undi, menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Tidak dinafikan UMNO Tanjung Piai sudah lama menuntut kerusi itu diserahkan kepada UMNO, tetapi atas semangat BN, pucuk pimpinan parti menyerahka­nnya kepada MCA. Mustapha Yaakub, Setiausaha Veteran UMNO

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia