Berita Harian

Polis panggil dua saksi pakar bantu siasatan

28 saksi inkues Mahkamah Koroner sudah dirakam keterangan

- Oleh Azizah Mokhtar dan Fitri Nizam bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dua saksi pakar akan dipanggil membantu siasatan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan arahan Pejabat Peguam Negara kepada polis pada Jumaat lalu.

Mereka ialah Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata seramai 28 saksi yang dipanggil Mahkamah Koroner Shah Alam dalam inkues kematian anggota bomba itu sebelum ini sudah dirakam keterangan mereka kecuali dua saksi pakar terbabit.

Prosiding inkues berkenaan berlangsun­g 41 hari bermula 11 Februari hingga 24 Julai lalu dengan seramai 30 saksi dipanggil memberi keterangan sebelum Mahkamah Koroner membacakan keputusan pada 27 September lalu.

Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib susulan kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November 2018 adalah akibat perbuatan jenayah dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

“Berdasarka­n arahan terbaharu (Pejabat Peguam Negara), polis sudah membuat temu janji dengan beberapa saksi untuk meneruskan siasatan,” kata Huzir pada sidang media harian di Bukit Aman, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, hanya 10 daripada 66 lelaki yang wajah mereka disebarkan sebelum ini memberi maklum balas kepada polis, manakala 56 yang lain masih dicari.

“Semua individu yang gambar mereka disiarkan adalah untuk membantu siasatan polis berhubung kes ini. Justeru, polis memberi sedikit masa lagi untuk mereka tampil memberi kerjasama,” katanya.

Huzir juga meminta semua pihak menghentik­an spekulasi berhubung empat suspek yang sebelum ini ditahan susulan kematian anggota bomba berkenaan kerana mereka didapati tidak terbabit dalam kes berkenaan.

“Salah faham berhubung empat suspek yang dibebaskan sebelum ini disebabkan kekeliruan dalam laporan beberapa media tempatan. Empat suspek terbabit sebenarnya adalah daripada enam individu yang ditahan di

Semua individu yang gambar mereka disiarkan adalah untuk membantu siasatan polis berhubung kes ini. Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

lokasi insiden rusuhan di Menara MCT.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 427 kerana penceroboh­an jenayah dan Seksyen 447 kanun sama kerana mendatangk­an bencana,” katanya.

Muhammad Adib menghembus­kan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan berkenaan.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Huzir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
(Foto BERNAMA) Huzir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia