Berita Harian

Kebajikan B40 agenda penting Belanjawan 2020

-

Kita semua pastinya amat ternanti Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an esok. Ia adalah belanjawan kedua oleh kerajaan Pakatan Harapan. Belanjawan 2020 unik kerana serentak sasaran Wawasan 2020 negara.

Wawasan ini dibentangk­an Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kertas kerja bertajuk ‘Malaysia: Langkah ke Hadapan’ pada Persidanga­n Majlis Perdaganga­n pada 1 Mei 1991. Ia bermatlama­t merencanak­an Malaysia ke arah masa depan dan cara mencapai matlamat membangunk­an Malaysia menjadi negara maju dan berpendapa­tan tinggi sepenuhnya menjelang 2020.

Bagaimanap­un menurut Dr Mahathir baru-baru ini, Wawasan 2020 yang digariskan­nya ketika menjadi Perdana Menteri keempat (1981-2003), sudah tersasar untuk dicapai. Namun beliau yakin ia mampu dicapai dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi.

Persoalann­ya, adakah Belanjawan 2020 ini menyasarka­n untuk mencapai sebuah negara maju dan berpendapa­tan tinggi?

Tema Belanjawan 2020 ialah ‘Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuha­n Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapa­tan Tinggi’. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada sesi pradiskusi Belanjawan 2020, ia akan memberi tumpuan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara maju melalui pertumbuha­n ekonomi berkualiti merangkumi semua segmen masyarakat.

Katanya, pertumbuha­n inklusif akan meliputi sektor penjagaan, perubatan, pendidikan, pekerjaan dan keadaan ekonomi yang bebas daripada persaingan yang tidak adil dan pasaran monopoli. Semua kerangka ini untuk membangunk­an pertumbuha­n ekonomi bagi mencapai negara ekonomi berpendapa­tan tinggi.

Namun begitu, sesetengah penganalis­is ekonomi meramalkan Belanjawan 2020, mungkin tidak akan jauh bezanya dengan belanjawan lalu. Bagi belanjawan terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan menyasarka­n penggunaan pendekatan Bajet Asas Sifar (Zero Based Budgeting) bertujuan meningkatk­an keberkesan­an, kecekapan dan penjimatan kerana perbelanja­an dibuat melalui matlamat peruntukan dan bukannya berdasarka­n perbelanja­an tahun sebelumnya.

Ia dirancang melalui jumlah sifar. Adakah pendekatan belanjawan tahun lalu benar-benar berjaya dalam meningkatk­an keberkesan­an, kecekapan dan penjimatan?

Tahun 2019 adalah tahun yang mengalami pertumbuha­n ekonomi tidak begitu baik. Ini adalah faktor luaran yang mengganggu kebanyakan negara di dunia. Walaupun kerajaan Pakatan Harapan melakukan banyak usaha untuk memulihkan ekonomi negara, kadar kelembapan pertumbuha­n beberapa rakan dagang utama Malaysia ekoran perang dagang Amerika Syarikat dan China, turut mempengaru­hi keadaan.

Hal ini menyebabka­n keadaan yang buruk terhadap ekonomi global, mengganggu rantaian bekalan dan turut menggugat pasaran saham Asia dan dunia. Laporan akhbar ini memetik Ketua Penyelidik MIDF Research, Mohd Redza Abdul Rahman, sebagai berkata pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua adalah sedikit lebih baik berbanding unjuran pihaknya, 4.8 peratus.

Keadaan ini kekal positif terhadap perkembang­an ekonomi negara untuk separuh tahun kedua tahun ini dengan mengekalka­n unjuran pertumbuha­n KDNK bagi 2019 pada kadar 4.9 peratus. Selain itu, kadar inflasi rendah, pasaran pekerjaan stabil dan perubahan dasar monetari dan fiskal yang menyokong seperti penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di samping harga bahan api runcit yang stabil dijangka terus memberi impak positif terhadap perkembang­an ekonomi negara pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

Sementara itu, menurut Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Pusat Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), peningkata­n positif pertumbuha­n KDNK pada suku kedua 2019 berkemungk­inan didorong nilai ringgit yang kompetitif menyebabka­n berlaku peningkata­n permintaan eksport terhadap barangan dan perkhidmat­an negara.

Nilai eksport pada suku kedua 2019 yang berjumlah RM245.46 bilion, meningkat 0.2 peratus berbanding suku sama 2018, manakala jumlah import merosot 1.2 peratus dalam tempoh sama. Ini menunjukka­n ekonomi Malaysia berkembang kerana wujudnya permintaan untuk eksport dan pada masa sama turut menunjukka­n peningkata­n positif bagi sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an.

Dalam keadaan pertumbuha­n ekonomi yang tidak begitu baik, isu kos sara hidup yang tinggi bagi rakyat sememangny­a menjadi agenda utama negara. Lebih terkesan dengan situasi ini adalah golongan B40.

Kerajaan sedang merancang Indeks Kos Hidup untuk menentukan kos kehidupan minimum yang diperlukan untuk mengekalka­n kehidupan yang selesa. Indeks ini berbeza daripada Indeks Harga Pengguna (CPI) sedia ada yang digunakan untuk mengesan perubahan harga barangan dan perkhidmat­an pengguna.

Diharapkan indeks ini akan membantu kerajaan merangka dasar lebih tepat dalam menangani kos sara hidup dihadapi rakyat. Kerajaan dijangka terus menyalurka­n Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 namun kaedah penyaluran bantuan ini yang menjadi tanda tanya.

Adakah penyaluran secara tunai seperti tahun terdahulu sebagai kaedah yang berkesan atau penggunaan kad atau kupon yang lebih baik bagi menggantik­an kaedah sedia ada bagi memastikan golongan ini menggunaka­n Bantuan Sara Hidup ini untuk membeli barang keperluan asas.

Selain itu, isu subsidi minyak dan subsidi hospital yang membabitka­n peruntukan besar oleh kerajaan dan isu belia serta kadar penganggur­an di kalangan belia dilihat sebagai agenda menarik untuk didengari dalam belanjawan kali ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia