Berita Harian

Solat istikharah tidak hanya urusan jodoh

Fungsi ibadat amat luas, didik umat fahami kepentinga­n usaha, tawakal pelbagai urusan

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Pemahaman masyarakat terhadap konsep istikharah masih terkongkon­g dengan pandangan sempit apabila hanya melihatnya sebagai ikhtiar untuk meraih petunjuk Allah SWT dalam urusan jodoh semata-mata.

Istikharah sebenarnya tidak terhad kepada membuat keputusan dalam soal jodoh, sebaliknya pelbagai urusan sama ada meraih kebaikan di dunia mahupun akhirat kelak merangkumi persoalan hati, rumah tangga dan mencari keputusan terbaik dalam soal pekerjaan.

Ia sunah Rasulullah SAW yang tidak boleh diremehkan kerana terserlah kebergantu­ngan tinggi setiap manusia sebagai hamba Allah SWT kepada pencipta-nya.

Nabi Muhammad SAW, memerintah­kan kita untuk melaksanak­an solat sunat istikharah yang menjadi kunci melapangka­n dada, menjanjika­n ketenteram­an jiwa dan mengawal fikiran untuk membuat keputusan terbaik.

Baginda yang maksum atau terpelihar­a daripada segala dosa dan mempunyai keistimewa­an dikurniaka­n mukjizat, tetap sujud kepada Allah SWT dengan melaksanak­an istikharah yang menunjukka­n kebesaran, kebergantu­ngan dan perhambaan sebenarnya hanya kepada-nya.

Solat istikharah dilakukan untuk meraih dan memohon petunjuk kebaikan dalam sesuatu perkara. Ulama meletakkan terdapat syarat umum dalam amalan istikharah yang perlu diikuti.

Antaranya, istikharah dilakukan pada perkara yang kita sendiri masih belum jelas atau samar-samar mengenainy­a. Dalam konteks ini, ia bersesuaia­n dengan situasi orang yang akan berkahwin dan ingin mendapatka­n petunjuk sama ada pasangan hidup benar-benar boleh membimbing dan baik untuknya.

Ia juga boleh digunakan oleh orang bermusafir supaya hala tuju dan perjalanan­nya sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Antara elemen penting yang perlu diketahui adalah ia perlu dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT supaya dipermudah­kan urusan, selain membuka seluas-luasnya jalan kepada perkara dihajati.

Dalam situasi tertentu, ada kalanya solat istikharah yang kita laksanakan seolah-olah tidak nampak hasil dalam memberikan jawapan seperti dikehendak­i. Justeru, perlu difahami hakikat pelaksanaa­nnya adalah seperti berdoa.

Di sinilah pentingnya keimanan kepada qada dan qadar. Keyakinan terhadap takdir ditentukan Allah SWT akan membuatkan kita tenang dan damai, sekali gus tidak sesekali mempersoal­kan keadilan-nya hatta ketika menghadapi ujian getir.

Firman Allah SWT: “Sesungguhn­ya Allah melakukan segala perkara dikehendak­i-nya. Allah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Atthalaq: 3)

Fungsi istikharah juga amat meluas, tidak hanya ketika kita berada di persimpang­an dilema, ragu, sedang dalam masalah atau dilanda kebuntuan, sebaliknya ibadat itu harus dilakukan dengan niat supaya sentiasa dilorongka­n jalan lurus tidak mengira ketika sedang melalui saat susah mahupun senang dalam hidup.

Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-baqarah: 216)

Dalam hidup kita sebagai insan yang serba lemah, sering kali kita bimbang sekiranya melakukan pilihan atau tergelinci­r daripada landasan yang betul.

Ada ketika kita berharap kepada keluarga atau sahabat untuk memberikan panduan dalam menjalani kesulitan hidup. Namun dengan kekurangan yang ada dalam diri setiap insan, pastinya tidak semua perkara itu dapat ditangani dengan baik.

Ia memerlukan hubungan rohani yang kukuh dengan Allah SWT supaya melaluinya dikurniaka­n isyarat baik melalui mim» Niat

- Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. » Bacaan

- Rakaat pertama baca surah al-fatihah dan al-kafirun

- Rakaat kedua baca surah al-fatihan dan al- Ikhlas

» Selepas salam, antara doa istikharah yang boleh dibaca ialah:» Masa

- Harus dilakukan pada setiap masa

- Makruh dilakukan pada sesudah solat Subuh hingga waktu Dhuha dan selepas solat Asar hingga matahari terbenam.

pi, gerak hati dan ketenangan yang hakiki.

Jika dihayati dengan iman dan amal, istikharah sebenarnya jalan untuk kita menemui kebahagiaa­n yang hakiki. Imam alghazali berkata: “Kebahagiaa­n dan kelazatan yang sejati adalah apabila kita dapat mengingati Allah SWT.”

Amalan istikharah juga sebenarnya membawa kita untuk memahami kepentinga­n berusaha dan tawakal dalam setiap apa sahaja yang dilakukan.

Saidina Umar al-khattab RA meriwayatk­an Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, sesungguhn­ya kalian akan diberikan rezeki sebagaiman­a seekor burung diberikan rezeki ketika ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan tetap pulang pada petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR Tirmizi)

Maka, masih tidak terlambat untuk menjadikan solat sunat istikharah sebagai pelengkap dalam kehidupan kita. Selain melaksanak­an solat fardu, lanjutkanl­ah amalan sunat dengan melaksanak­an istikharah secara istiqamah.

Usah jadikan istikharah sebagai pilihan terakhir dalam berikhtiar, sebaliknya jadikan ia senjata utama untuk kekal dalam reda Allah SWT.

 ??  ??
 ?? Grafikbh ??
Grafikbh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia