Berita Harian

Perjanjian 1MDB-PSI punca rugi AS$2.2 bilion

Petrosaudi Internatio­nal hanya bayar RM129 juta bagi pembayaran pertama

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Siti Nurazlinee Azmi bhnews@bh.com.my

Sesetengah wang itu ada yang kita dapat balik dalam ratusan juta tetapi saya tidak selesa untuk mendedahka­n angka itu.

Kuala Lumpur: Perjanjian usaha sama pelaburan strategik di antara syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan syarikat Petrosaudi Internatio­nal Ltd (PSI) menyebabka­n 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS$2.2 bilion.

Kerugian yang dialami 1MDB itu adalah berpunca daripada perjanjian usaha sama itu sendiri, Perjanjian Nota Murabaha dan pinjaman lain yang dibuat.

PSI hanya membayar RM129 juta kepada 1MDB bagi pembayaran pertama.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim yang mendedahka­n kerugian syarikat itu, berkata PSI tidak membuat apa-apa lagi pembayaran pada tahun kedua dan berikutnya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu yang menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaa­n balas, berkata keseluruha­n jumlah hutang PSI kepada 1MDB pada tahun 2015 ialah sebanyak AS$2.2 bilion.

Shahrol Azral mengakui cadangan Muhammad Shafee bahawa jika pihaknya dapat menghidu bahawa transaksi berkaitan perjanjian usaha sama yang berlaku adalah meragukan, kerugian terbabit boleh dielakkan.

“Sesetengah wang itu ada yang kita dapat balik dalam ratusan juta tetapi saya tidak selesa untuk mendedahka­n angka itu.

“Ada juga sebahagian yang tidak dapat dibawa pulang, manakala majoriti terjebak dalam unit amanah. Bagaimanap­un ketika itu saya sudah meninggalk­an pengurusan 1MDB,” katanya.

Muhammad Shafee kemudian merujuk kepada surat berkaitan kelulusan yang diberikan oleh 1MDB untuk membuat pinjaman AS$500 juta daripada Standard Chartered di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pinjaman itu dibuat syarikat usaha sama, JVCO 1Mdb-petrosaudi bagi pembiayaan balik hutang syarikat.

Dokumen itu menunjukka­n bahawa syarikat usaha sama JVCO masih menggunaka­n nama IMDB walaupun 1MDB sudah tiada kepentinga­n dalam syarikat usaha sama terbabit.

Apabila disoal Muhammad Shafee berhubung penggunaan nama 1MDB itu, Shahrol Azral menjelaska­n bahawa persoalan itu tidak pernah timbul dan beliau tidak mengetahui berapa lama nama 1MDB digunakan oleh JVCO.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

 ??  ?? Shahrol Azral Ibrahim,
Shahrol Azral Ibrahim,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia