Berita Harian

Saksi nafi terbabit konspirasi jatuhkan Najib

-

Kuala Lumpur: Syarikat usaha sama di antara 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan Petrosaudi Internatio­nal Ltd (PSI) yang ditubuhkan pada 2009 adalah sebuah syarikat usaha sama yang gagal.

Perkara itu diakui bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pada perbicaraa­n kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitka­n dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Shahrol Azral yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaa­n balas.

Soalan itu timbul apabila Muhammad Shafee merujuk saksi dengan dokumen berkaitan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada 5 Julai 2010.

Muhammad Shafee: Adakah kamu setuju bahawa usaha sama dua syarikat (1MDB-PSI) iaitu pada nisbah 40:60 peratus itu adalah gagal? Shahrol Azral: Setuju.

Menerusi perjanjian usaha sama pelaburan strategik terbabit, PSI memiliki pegangan saham sebanyak 60 peratus, manakala pegangan saham selebihnya iaitu 40 peratus adalah milik 1MDB.

Dalam perbicaraa­n sebelum ini, 1MDB dimaklumka­n bahawa menerusi perjanjian usaha sama itu 1MDB menyuntik dana berjumlah AS$1 bilion, manakala PSI hanya menyuntik dana berjumlah AS$108 juta.

Muhammad Shafee kemudian merujuk pula saksi kepada dokumen berkaitan projek usaha sama (1MDB-PSI) melalui pelaburan GDF Suezdan bertanya sama ada ia ditunjukka­n kepada Najib, yang dijawab saksi, ‘ada’.

Shahrol Azral berkata, kertas kerja pelaburan GDF Suez itu disediakan CEO SRC Internatio­nal Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil sebelum 5 Julai 2010.

“Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mendapatka­n nasihat Najib ketika itu selaku Pengerusi sebelum melaburkan dana 1MDB ke dalam projek Suez.

“1MDB bagaimanap­un tidak meneruskan pelaburan dalam projek itu (GDF Suez) tetapi menyalurka­n AS$500 juta kepada PSI menerusi program di bawah Murabaha,” katanya.

Sementara itu, Shahrol Azral menafikan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau turut serta dalam konspirasi untuk menjatuhka­n Najib.

Sambil menyifatka­n Shahrol Azral sebagai ‘cuba menegakkan benang yang basah’, Muhammad Shafee mencadangk­an bahawa jelas saksi adalah sebahagian daripada konspirasi untuk meletakkan Najib dalam keadaan yang boleh menjejaska­n bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanap­un, Shahrol Azral menjawab ringkas, “Tidak setuju.”

Terdahulu, Shahrol Azral diasak oleh Muhammad Shafee dengan mencadangk­an bahawa Minit Mesyuarat pada 21 Julai 2010 di antara saksi dan Najib sudah disediakan awal-awal oleh Nik Faisal.

Muhammad Shafee mencadangk­an oleh kerana Nik Faisal menyediaka­n minit mesyuarat sebelum itu, menandakan beliau (Nik

Faisal) mempunyai ‘kebolehan istimewa’ dan mengetahui apa yang akan berlaku.

Shahrol Azral bagaimanap­un menjelaska­n, beliau tidak boleh meneka bagaimana perkara itu itu terjadi, bagaimanap­un berkemungk­inan terdapat perbincang­an yang berlaku di antara kedua-dua pihak sebelum mesyuarat berlangsun­g.

Apabila Muhammad Shafee mempersoal­kan bahawa jawapan saksi hanya tekaan semata-mata, Shahrol Azral membalas dengan menjawab, “Ya, seperti mana kamu meneka Nik Faisal ada ‘kebolehan istimewa’.

Peguam itu kemudian menjelaska­n, beliau hanya membuat rumusan berdasarka­n kepada dokumen yang dikemukaka­n di mahkamah.

Dalam isu lain, Muhammad Shafee mengakui bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak dimaklumka­n mengenai wang AS$700 juta yang disalurkan ke dalam akaun syarikat Good Star Ltd oleh 1MDB.

Good Star pada asalnya dikatakan sebagai subsidiari kepada PSI, bagaimanap­un akhirnya didedahkan melalui dokumen bahawa ia adalah milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

 ??  ?? suntikan dana oleh 1MDB menerusi usaha sama 1MDB-PSI suntikan dana oleh PSI menerusi usaha sama 1MDB-PSI
suntikan dana oleh 1MDB menerusi usaha sama 1MDB-PSI suntikan dana oleh PSI menerusi usaha sama 1MDB-PSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia