Berita Harian

Belum masa perkenal harga lantai kelapa sawit

-

Kuantan: Kerajaan belum bersedia memperkena­lkan harga lantai bagi kelapa sawit bagi mengatasi keluhan pekebun sawit di seluruh negara berikutan harga komoditi itu yang tidak konsisten.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata pada masa ini kerajaan belum mempunyai kemampuan kewangan menetapkan harga lantai berkenaan.

“Pada masa ini, kita tidak mampu, tetapi kajian melaksanak­an cadangan harga lantai untuk kelapa sawit masih dijalankan. Kita perlu tengok dahulu hasil kajian sebelum meneruskan (cadangan) berkenaan.

“Kementeria­n setakat ini tidak bercadang memperkena­lkan (harga lantai), jika ada kemampuan (kewangan) pada masa depan, kita sedia berbuat demikian.

“Berdasarka­n trend semasa (harga sawit), ada peningkata­n dan ini berita baik kepada semua pekebun sawit,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Sesi Dialog Bersama Penanam Sawit Pahang di Kompleks Dagangan Mahkota, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementeria­n Industri Utama, Ravi Muthayah dan Pengarah Bahagian Penyelidik­an Integrasi dan Pengembang­an Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ramlee

Moslim.

Sementara itu, pada sesi taklimat dan dialog dihadiri kira-kira 600 pekebun sawit, Kok berkata, sehingga September lalu, sebanyak 3.19 juta hektar daripada 5.85 juta hektar tanaman kelapa sawit di seluruh negara sudah mendapat pensijilan MSPO.

“Bagi Pahang, lapan daripada sembilan kawasan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) sudah mendapat (pensijilan) MSPO membabitka­n 776 pekebun dengan keluasan 1,900 hektar.

“Jumlah ini masih rendah dibandingk­an keluasan sebenar ladang sawit di Pahang iaitu 53,000 hektar dan kita berharap lebih ramai memohon pensijilan MSPO dalam tempoh dua bulan ini.

“Kita sasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pekebun sawit di seluruh negara mendapat MSPO menjelang awal tahun depan bagi membantu mereka meningkatk­an pendapatan,” katanya.

 ??  ?? Teresa Kok
Teresa Kok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia