Berita Harian

‘Kita tak perlu ikut senarai pengganas AS’

-

Kuala Lumpur: Malaysia mempunyai undang-undang dan senarai sendiri berhubung kumpulan pengganas dan tidak perlu mengikut senarai kumpulan pengganas yang dikeluarka­n negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata AS berhak dan mempunyai sebab tersendiri untuk mengeluark­an Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai mereka dan itu tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi Malaysia.

“Kita ini negara berdaulat. Setiap apa yang kita buat melalui standard operasi prosedur (SOP) yang mantap.

“Kita ada undang-undang dan senarai kita sendiri, jadi kita ikut senarai kita. Kita bukan ikut orang.

“Kita tidak boleh mengambil senarai daripada AS untuk dijadikan asas. Kalau AS mahu keluarkan, mereka boleh keluarkan tapi banyak negara lain yang menyenarai­kan LTTE sebagai pengganas,” katanya pada sidang media selepas menjadi ahli panel pada Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019 dengan tema ‘Membina Kepercayaa­n dan Ketelusan: Bekerjasam­a, Mempercepa­t, Memperkuku­h’ di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan segelintir pihak bahawa LTTE tidak disebut dalam laporan AS mengenai keganasan. Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka kerana dipercayai memberikan sokongan kepada LTTE, November tahun lalu.

Sementara itu, Ayob berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa kumpulan yang disyaki cenderung untuk menyebarka­n ideologi keganasan dan mempromosi menubuhkan kerajaan bukan secara demokrasi.

“Ada beberapa kumpulan dalam pemerhatia­n polis. Kita memantau dan mengumpul maklumat risikan dan jika didapati terbabit dalam perkara yang menyalahi undang-undang, kita akan tangkap,” katanya.

Beliau turut meminta Bank Negara Malaysia (BNM) peka mengenai transaksi wang yang dilihat mencurigak­an terutama transaksi kerap dilakukan, walaupun jumlahnya tidak besar.

“Mungkin had transaksi melebihi RM30,000 akan menimbulka­n curiga, tapi ada wakil dari pihak bank pada sesi persidanga­n mencadangk­an jika transaksi, contohnya berjumlah RM28,000 tetapi kerap dilakukan oleh individu sama menggunaka­n cawangan bank berlainan, bank perlu maklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau memaklumka­n, sejak 2016, 22 kertas siasatan dibuka membabitka­n pembiayaan keganasan.

Kita ada undang-undang dan senarai kita sendiri, jadi kita ikut senarai kita. Kita bukan ikut orang.

Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia