Berita Harian

Lion Air sasar raih dana IPO hingga AS$1 bilion

Syarikat teruskan semula pertumbuha­n selepas satu pesawat nahas

-

Hong Kong: Lion Air menyasar dana tawaran awam permulaan (IPO) hingga AS$1 bilion (RM4.15 bilion) pada suku pertama 2020.

Menurut sumber, ia berikutan syarikat penerbanga­n Indonesia itu mahu meneruskan semula pelan pertumbuha­nnya selepas lebih setahun diselubung­i tragedi kemalangan satu daripada pesawat Boeing 737 MAX miliknya.

Pesawat tambang rendah itu yang sedang menunggu laporan rasmi mengenai insiden berkenaan berharap dana itu dapat digunakan membiayai penghantar­an pesawat baharu bagi meneruskan perkhidmat­an dalam pasaran yang sedang berkembang.

Laporan kemalangan yang dikeluarka­n bulan lalu menumpukan kepada kegagalan perisian kokpit Boeing di samping mencadangk­an latihan yang lebih baik di Lion Air serta penambahba­ikan peraturan tempatan dan di Amerika Syarikat (AS).

“Pasaran Indonesia akhirnya memperliha­tkan petunjuk yang semakin stabil. Ini adalah masa yang sesuai untuk meneroka pasaran,” kata individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Sumber berkenaan menolak untuk dinamakan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media mengenai IPO berkenaan yang juga akan membabitka­n syarikat penerbanga­n teras Lion Air di Indonesia.

Ia juga mungkin menjadi satu daripada apungan terbesar di Indonesia. Bagaimanap­un, jurucakap Lion Air di Jakarta enggan memberikan sebarang komen.

Mac lalu, REUTERS melaporkan bahawa Lion Air yang berkembang kepada satu daripada syarikat penerbanga­n tambang rendah di Asia dengan lebih 110 pesawat sudah memulakan proses awal untuk IPO berkenaan.

Sumber berkata, IPO berkenaan mungkin boleh meraih antara AS$750 juta hingga AS$1 bilion (RM3.11 bilion hingga RM4.15 bilion), tetapi jumlah muktamad masih belum diputuskan.

Lion Air adalah sebahagian daripada Lion Air Group yang turut mempunyai usaha sama di Malaysia dan Thailand dan turut mengendali­kan operasi lapangan terbang di Indonesia serta kemudahan penyelengg­araan pesawat. REUTERS

 ?? [Foto hiasan] ?? Lion Air adalah sebahagian daripada Lion Air Group yang turut mempunyai usaha sama di Malaysia dan Thailand.
[Foto hiasan] Lion Air adalah sebahagian daripada Lion Air Group yang turut mempunyai usaha sama di Malaysia dan Thailand.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia