Berita Harian

‘Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’

Pelatih wanita terima latihan seperti lelaki selama 6 bulan

- Oleh Mohd Khidir Zakaria bhnews@bh.com.my

Port Dickson: Tentera dalam kalangan wanita yang dikenali sebagai Pranita di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) Tambun, Ipoh, Perak, kini diberi peluang untuk berlatih bersama dengan perajurit muda lelaki di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini.

Wanita terbabit di dalam bidang ketenteraa­n kini juga dilihat semakin menyerlah dan mampu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan anggota lelaki.

Perajurit muda, Syarah Nur Hajar Salam, 21, dari Tuaran, Sabah, berkata, latihan dan layanan diterima di PUSASDA, tiada bezanya dengan perajurit muda lelaki.

Katanya, jurulatih pernah memaklumka­n ini kerana dalam dunia perang yang sebenar, tiada bezanya antara lelaki dan perempuan berikutan peluru tidak mengenal jantina.

“Malah, selepas tamat latihan selama enam bulan kami seramai 68 perajurit wanita amat berbangga kerana berjaya menempuh semua bentuk cabaran.

“Saya mahu buktikan wanita juga mampu lakukan sama seperti lelaki, terutama dalam bidang ketenteraa­n,” katanya.

Beliau ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit

Muda Tentera Darat Lelaki Siri 189/19 dan Wanita Siri 45/19 di PUSASDA, di sini, baru-baru ini.

Selain 68 perajurit wanita, 1,696 Perajurit Muda Lelaki turut menamatkan latihan mereka.

Sementara itu, ibu kepada Syarah Nur, Yam Pog, 53, berkata dia terkejut sebaik anaknya memaklumka­n akan menjalani latihan ketenteraa­n di PUSASDA selepas berjaya dalam pemilihan di Tuaran.

Katanya, beliau sedar anak kelima daripada tujuh beradik itu amat meminati kerjaya sebagai tentera sejak kecil walaupun tiada anak lain berkecimpu­ng dalam bidang itu.

“Saya tidak menghalang minatnya, tetapi sebagai ibu saya bimbang dia gagal di pertengaha­n jalan. Tambahan pula, dia beritahu akan terima latihan bersama pelatih lelaki.

“Hari ini saya hadir ke Port

Dickson mahu menunjukka­n betapa bangganya saya kerana dia satu-satunya anak yang bertugas sebagai tentera.

“Sebaik lintas perbarisan perajurit muda wanita, saya menitiskan air mata kerana anak saya di tengah-tengah mereka yang hebat,” katanya.

Bagi perajurit muda Farialan Jamaludin, 24, dari Lahad Datu, Sabah, dia mula minat bidang ketenteraa­n selepas peristiwa penceroboh­an di Lahad Datu enam tahun lalu yang meninggalk­an kesan pada dirinya.

Katanya, peristiwa itu membuatkan hatinya terpaut pada kerjaya tentera dan berikrar mahu menjadi sebahagian anggota pasukan yang bertugas ketika itu.

“Sebaik melihat peluang yang ada, saya memohon sesi pemilihan sebagai pelatih dengan hanya berbekalka­n sijil persekolah­an, selain minat yang mendalam.

“Mungkin sudah tersurat rezeki saya, maka sekarang saya bergelar perajurit muda,” kata.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, berkata pengambila­n tentera wanita dilakukan mengikut keperluan semasa bagi mengisi kekosongan.

Katanya, Tentera Darat mempunyai cara tersendiri dalam memilih anggota, termasuk kekosongan tentera wanita yang amat terhad.

“Tugasan anggota Tentera Darat sekarang ialah menjaga dua wilayah, iaitu Sabah dan Sarawak serta wilayah Semenanjun­g.

“Ada ketika kita memerlukan hampir 200 anggota wanita, ada ketika hanya 68 orang dan ada ketika dalam siri pengambila­n anggota baharu, tiada anggota wanita diperlukan kerana kita ambil mengikut keperluan perkhidmat­an,” katanya.

 ??  ?? Syarah Nur bersama ibunya selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 189/19 dan Wanita Siri 45/19 di PUSASDA, Port Dickson, baru-baru ini.
Syarah Nur bersama ibunya selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 189/19 dan Wanita Siri 45/19 di PUSASDA, Port Dickson, baru-baru ini.
 ??  ?? Perajurit muda wanita pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 189/19 dan Wanita Siri 45/19 di PUSASDA, Port Dickson.
Perajurit muda wanita pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 189/19 dan Wanita Siri 45/19 di PUSASDA, Port Dickson.
 ??  ?? Kontinjen perajurit muda wanita mengaminka­n doa pada perbarisan tamat latihan.
Kontinjen perajurit muda wanita mengaminka­n doa pada perbarisan tamat latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia