Berita Harian

Taat agama kriteria utama calon pasangan hidup

-

Islam sebagai ad-din atau satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT, memberi penekanan kepada pembinaan rumah tangga dan keluarga berpanduka­n al-quran dan sunah yang kemudian diperjelas­kan oleh ulama.

Namun di sebalik gelombang teknologi maklumat seperti internet yang kemudian munculnya media sosial, umat Islam sering alpa dalam menilai bakal pasangan yang perlu menjadi pilihan sebagai teman hidup khususnya calon isteri.

Lazimnya, pilihan seseorang Muslim lebih tertumpu kepada apa yang dapat dilihat hingga terlupa kepada saranan Rasulullah SAW dalam memilih jodoh.

Abu Hurairah RA meriwayatk­an daripada Nabi SAW yang bersabda: Wanita dinikahi kerana empat perkara, iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agama. Maka pilihlah agamanya, nescaya kamu akan beruntung dan bernasib baik. (HR Bukhari)

Panduan mencari jodoh sangat mustahak kerana ia bukan sahaja sebagai teman hidup yang baik sepanjang hayat, bahkan untuk memperoleh zuriat yang kelak menjadi anak yang soleh.

Malah, pemilihan itu juga penting kerana perkahwina­n ialah ibadat yang digalakkan kepada orang berkemampu­an dalam menyalurka­n keinginan nafsu yang dibenarkan syarak, sekali gus mencari keredaan Allah.

Justeru, pemilihan calon pasangan hanya berdasarka­n harta, keturunan dan kecantikan tidak digalakkan dalam Islam kerana ia bukan jaminan kebahagiaa­n rumah tangga dan pendidikan kepada anak bakal dilahirkan.

Sebenarnya dalam memilih jodoh sama ada bagi lelaki mahupun wanita perlu mengutamak­an mereka yang beragama dan beramal dengan kehendak Islam.

Beragama bukan semata-mata seseorang itu mempunyai pengetahua­n, sebaliknya individu yang menterjema­hkan Islam dalam kehidupann­ya dan memiliki kerohanian yang baik hingga hubunganny­a dengan Allah SWT lebih dekat.

Hal itu terjelma menerusi bukan sahaja melalui akidah dan ibadat khususnya, malah terzahir pada akhlak sama ada tutur kata mahupun perilaku.

Apatah lagi orang yang betul-betul beragama sudah pasti memiliki ketakutan dan kebimbanga­n bukan sahaja melakukan dosa, malah menyakiti dan menzalami orang lain.

Selepas aspek beragama diberikan pertimbang­an utama, barulah aspek lain seperti harta, keturunan dan kecantikan diambil kira.

Justeru, pemilihan pasangan beragama menjadi keutamaan, sekali gus prasyarat supaya hidup sentiasa kaya dengan akhlak dan rohani, sekali gus dapat memastikan­nya beroleh keuntungan di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai ciri baik wanita, lalu Baginda menjawab: “Wanita yang membahagia­kan (suaminya) jika dipandang, mentaatiny­a jika diperintah­kan dan tidak menyelisih­i berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang disukai (oleh suami),” (HR Nasa’ie)

Berbicara mengenai pasangan dan jodoh, ia membuktika­n ia antara rezeki dan nikmat yang diberikan Allah SWT kepada manusia dan seharusnya kita tidak ‘tangkap muat’.

Allah SWT berfirman: “Allah menjadikan bagi kamu akan isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu serta memberikan rezeki daripada yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkar­i nikmat Allah?” (An-nahl: 72)

Bagaimanap­un, ramai yang merasakan mereka inginkan jodoh sempurna, tetapi menolak tepi perkara penting yang perlu dititikber­atkan atas alasan cinta.

Tanpa memilih ciri ditetapkan iaitu beragama, kita perlu bertanya apakah kita mampu menjauhi diri daripada dosa dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian reda agama dan akhlaknya, maka nikahkanla­h ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan besar. (HR Tirmizi)

 ?? [Foto hiasan] ?? Pemilihan calon pasangan hanya berdasarka­n harta, keturunan dan kecantikan tidak digalakkan dalam Islam.
[Foto hiasan] Pemilihan calon pasangan hanya berdasarka­n harta, keturunan dan kecantikan tidak digalakkan dalam Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia