Berita Harian

Duterte tawar pengkritik jadi ‘tsar’ perangi dadah

Robredo belum nyata persetujua­n jadi penasihat

-

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melantik seteru politiknya, Leni Robredo sebagai ‘tsar dadah’ (penasihat), selepas pemimpin pembangkan­g itu menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap jumlah kematian dalam kempen antidadah dan berkata, ia memerlukan pendekatan baharu.

Pelantikan itu dilakukan selepas Naib Presiden tanpa peranan pentadbira­n itu mengkritik perang dadah dalam wawancara dengan Reuters sehingga mencetuska­n kemarahan Duterte dan penyokongn­ya.

Jurucakap Duterte berkata, keputusan menjadikan Robredo pengerusi bersama sebuah jawatankua­sa antara agensi memerangi narkotik adalah ikhlas dan bukan tindakan sinis untuk memburukka­n beliau.

Robredo tidak memberikan ulasan. Minggu lalu, jurucakap beliau berkata, tawaran Duterte untuk jawatan itu bertujuan menjadikan Robredo sebagai kambing hitam terhadap kegagalan kempen antidadah beliau.

Perang dadah adalah dasar utama Duterte, mencetuska­n kemarahan antarabang­sa kerana ribuan penduduk terbunuh dalam apa yang disifatkan kumpulan hak asasi sebagai sistem hukuman dan cubaan polis menutup kesalahan. Namun, polis menafikann­ya.

Duterte berang terhadap resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat pembunuhan itu Julai lalu.

Tahun lalu, beliau menarik Filipina daripada menganggot­ai Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) selepas ia melancarka­n pemeriksaa­n awal terhadap dakwaan jenayah ke atas kemanusiaa­n negara itu.

“Dengan perkembang­an ini, istana berharap pengkritik dapat melihat sendiri keikhlasan presiden dengan tawaran jawatan itu.

“Keputusan dibuat dengan harapan kerajaan berjaya mengatasi kekejaman disebabkan penggunaan dan pengedaran dadah tanpa mengira siapa yang berjaya melakukann­ya,” menurut kenyataan jurucakap presiden, Salvador Panelo.

Aktivis berkata, polis beroperasi tanpa undang-undang dengan sokongan tersirat presiden yang pernah mengatakan perang dadahnya akan membunuh 100,000 orang.

Polis berkata, mereka membunuh hampir 7,000 suspek dadah yang enggan ditangkap, namun menafikan sebarang pembabitan dalam pembunuhan misteri ribuan lagi penagih.

Pada 23 Oktober lalu, Robredo memberitah­u Reuters, tindakan keras perang dadah Duterte secara meluas menyasarka­n golongan miskin dan polis dibenarkan menyalah guna kuasa.

Beliau berkata, bantuan antarabang­sa termasuk daripada PBB dan ICC perlu jika kerajaan enggan mengubah keadaan.

Robredo yang dipilih berasingan daripada Duterte berkata, terlalu ramai orang dibunuh tanpa bukti penurunan dari segi bekalan atau penggunaan dadah.

“Kami bertanya kepada diri kami, mengapa ini masih berlaku? Presiden sudah membuat ugutan amat serius kepada sindiket dadah, raja dadah namun ia masih amat tinggi. Jelasnya, ia tidak berkesan,” kata Naib Presiden dalam wawancara.

REUTERS

 ?? (Foto Agensi) ?? Keputusan menjadikan Robredo (kiri) pengerusi bersama sebuah jawatankua­sa antara agensi memerangi narkotik adalah ikhlas, menurut Duterte (kanan).
(Foto Agensi) Keputusan menjadikan Robredo (kiri) pengerusi bersama sebuah jawatankua­sa antara agensi memerangi narkotik adalah ikhlas, menurut Duterte (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia