Berita Harian

Terima kasih rakyat, PH dan Tun: Anwar

-

Kuala Lumpur: “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun.”

Itu reaksi Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui akan menyerahka­n jawatan Perdana Menteri kepadanya dalam temu bual eksklusif dengan akhbar Australia, Sydney Morning Herald di Bangkok, baru-baru ini.

Mengenai dakwaan ada komplot cuba menghalang­nya menjadi Perdana Menteri, Anwar yang juga Presiden PKR, memaklumka­n tiada mana-mana pemimpin PH mengusulka­n nama lain setakat ini.

“Namun, dalam politik memang berlaku apa yang dipanggil court intrigue (fantasi politik), kita tak boleh halang, tetapi saya tiada masalah, kita tumpu perhatian dalam urusan kerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia