Berita Harian

Empat kekangan utama laksana semua 17 agenda

-

Kuala Lumpur: Malaysia terpaksa mengharung­i empat kekangan utama dalam usaha melaksanak­an semua 17 agenda yang digariskan menerusi Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) 2030.

Tempias daripada kekangan yang turut dialami negara seluruh dunia itu merangkumi degradasi kawasan hutan, laut dan sumber air tawar serta peningkata­n kejadian geomorfolo­gi dan hidro-meteorolog­i.

Isu mengimbang­i kepentinga­n etika dan keadilan dalam perubahan iklim, selain penyusutan kadar pengeluara­n makanan serta sistem ekonomi yang dipacu alam sekitar, dikesan menjadi faktor utama penghalang usaha merealisas­ikan SDG 2030.

Menyuaraka­n masalah berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata usaha memacu pembanguna­n di negara ini harus dilaksanak­an secara seimbang dengan memikirkan kepentinga­n perubahan iklim, degradasi alam sekitar dan penggunaan sumber alam secara lestari.

Mengambil kira percaturan sedemikian, katanya, kerajaan berpendiri­an bahawa teknologi digital memainkan peranan penting ke arah usaha mencapai 17 agenda SDG 2030 dipersetuj­ui sebulat suara menerusi Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 2015.

“Walaupun inovasi mungkin memberi kesan positif dan negatif, penggunaan rangkaian teknologi dilihat lebih berkesan untuk mencapai semua matlamat SDG, memandangk­an kita mempunyai tempoh berbaki kira-kira 10 tahun sebelum 2030.

“Pada masa sama, masyarakat di bawah garis kemiskinan lazimnya tidak mempunyai capaian kepada teknologi. Justeru, ia cabaran kepada kerajaan untuk memastikan tiada yang akan tercicir daripada arus pembanguna­n.

“Selain itu, mengambil kira kepesatan inovasi, kita tidak sempat memperhalu­si banyak peluang dan risiko mengikut tempoh diberikan. Justeru, pendekatan berteraska­n Revolusi Industri 4.0 wajar menjadi sandaran,” katanya.

Dalam ucaptama perasmian Sidang Kemuncak SDG 2019, di sini semalam, beliau menjelaska­n, bagi memastikan usaha pembaharua­n Malaysia berada pada landasan betul, rangkaian usaha selari dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dilaksana berlandask­an dua prinsip utama, integriti dan tadbir urus yang baik.

Pelaksanaa­n prinsip berkenaan merentasi enam sektor, iaitu tadbir urus politik, pentadbira­n sektor awam, perolehan awam, perundanga­n dan keadilan, penguatkua­saan undang-undang serta tadbir urus korporat.

“Bagaimanap­un, usaha mencapai matlamat digariskan dalam SDG seperti membasmi kemiskinan, meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kesihatan, pendidikan dan menangani perubahan iklim menjelang 2030 memerlukan peruntukan dana yang banyak.

“Beban kewangan seperti ini di luar kemampuan kerajaan, justeru sektor swasta dan pasaran kewangan harus menggemble­ng tenaga dan tampil menyalurka­n bantuan,” katanya.

Sidang kemuncak dua hari bertemakan ‘Memacu Kemajuan SDG: Pendekatan Menyeluruh Negara’ itu menghimpun­kan 18 ahli panel mewakili pelbagai kepakaran bagi mengulas kemajuan 17 sasaran SDG yang digariskan.

 ?? (Foto Syarafiq Abd Samad /BH) ?? Dr Mahathir merasmikan Sidang Kemuncak Matlamat Pembanguna­n Lestari 2019, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Syarafiq Abd Samad /BH) Dr Mahathir merasmikan Sidang Kemuncak Matlamat Pembanguna­n Lestari 2019, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia