Berita Harian

Bekas eksekutif Goldman Sachs dibicara April 2020

Chong Hwa didakwa bersubahat seleweng, rasuah pegawai kerajaan

-

Kuala Lumpur: Bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, akan dibicaraka­n di Malaysia April depan atas dakwaan bersubahat dalam penjualan bon AS$6.5 bilion (RM26.89 bilion) dikaitkan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Semalam, seorang pegawai perundanga­n berkata, Malaysia menyerahka­n Chong Hwa kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selama 10 bulan.

Di AS, Chong Hwa didakwa bersubahat menyelewen­g dan merasuah pegawai kerajaan di Malaysia serta Abu Dhabi menerusi bon tawaran diuruskan Goldman Sachs Group Inc. Dia mengaku tidak bersalah atas dakwaan di Malaysia dan AS.

Malaysia memohon perbicaraa­n dimulakan pada April tahun depan, apabila tempoh 10 bulan yang dipersetuj­ui AS berakhir pada Mac, kata Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir kepada Reuters.

Beliau berkata, Goldman Sachs memperoleh AS$600 juta (RM2.48 bilion) bayaran untuk tugasnya dengan 1MDB, termasuk tiga tawaran bon pada 2012 dan 2013, yang mengumpul dana berjumlah AS$6.5 bilion (RM26.89 bilion).

Chong Hwa bersama Tim Leissner, bekas rakan kongsi di Goldman Sachs di Asia, menerima bayaran bonus lumayan dikaitkan dengan keuntungan itu.

Malaysia akan menuntut sehingga AS$7.5 bilion (RM31.02 bilion) pembayaran balik daripada Goldman Sachs berhubung urus niaganya dengan 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang kalah dalam pilihan raya umum tahun lalu, berdepan 42 pertuduhan jenayah berkaitan kerugian 1MDB dan entiti lain negara. Pemimpin itu mengaku tidak bersalah.

Bulan lalu, Goldman Sachs berkata ia sedang berbincang dengan pihak berkuasa berhubung penyelesai­an dalam siasatan 1MDB.

Malaysia menolak tawaran pampasan kurang AS$2 bilion (RM8.27 bilion) daripada Goldman Sachs berhubung skandal itu, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada akhbar Financial Times, minggu lalu.

REUTERS

 ??  ??
 ??  ?? Roger Ng Chong Hwa
Roger Ng Chong Hwa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia