Berita Harian

Tarek arah pindah $82j Swiss Franc ke akaun peribadi

-

Kuala Lumpur: Pengasas bersama Petrosaudi Internatio­nal Ldt (PSI), Tarek Obaid, mengarahka­n $82 juta Swiss Franc daripada akaun PSI dipindahka­n ke akaun peribadiny­a.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSI ketika itu, mengarahka­n wang berjumlah $82 juta Swiss Franc daripada akaun PSI dipindahka­n ke dalam akaun peribadiny­a.

Tarek didakwa membuat arahan itu seminggu selepas syarikat berkenaan menerima pindahan dana AS$500 juta daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Dana terbabit disuntik 1MDB ke dalam syarikat usaha sama 1MDB-PSI bagi pelaburan dalam syarikat tenaga Perancis, GDF Suez.

Perkara itu timbul apabila peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, merujuk dokumen kepada bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pada sesi pemeriksaa­n balas di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dokumen berkenaan menunjukka­n perjalanan transaksi wang yang dikemukaka­n Muhammad Shafee ketika menyoal balas saksi berhubung peranan Tarek dalam skandal 1MDB.

Merujuk kepada dokumen e-mel pula, Muhammad Shafee menjelaska­n Tarek mengarahka­n pekerjanya untuk memindahka­n $82 juta Swiss Franc ke akaun peribadiny­a di RBS Coutts Bank.

Berdasarka­n kepada dokumen lain, Tarek mengarahka­n RM340 juta dipindahka­n ke dalam syarikat Good Star Limited milik ahli perniagaan dikehendak­i polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

Shahrol Azral selaku saksi kesembilan pendakwaan bagaimanap­un menjelaska­n, beliau tidak tahu mengenai pemindahan wang berkenaan kerana tiada akses ke atas dokumen terbabit.

Jelasnya, sepanjang disoal siasat pihak berkuasa, beliau hanya ditunjukka­n perjalanan transaksi wang pada peringkat tertinggi iaitu membabitka­n akaun Good Star dan beberapa entiti milik Aabar BVI.

“Saya tidak pernah ditunjukka­n akaun perjalanan wang syarikat usaha sama 1MDB-PSI kerana dalam soal siasat hanya ditunjukka­n ke mana wang itu pergi.

“Ia termasuk pemindahan AS$500 juta yang dibuat pada 30 September 2010,” katanya.

Malah, tambah beliau, sehingga hari ini beliau tidak pernah melihat penyata bank syarikat usaha sama berkenaan.

Ditanya Muhammad Shafee sama ada beliau menyedari bahawa $82 juta Swiss Franc itu tidak disalurkan kepada projek GDF Suez, Shahrol Azral berkata beliau hanya mengetahui (semalam) bahawa ia dipindahka­n ke dalam akaun Good Star.

Peguam itu kemudian mencadangk­an bahawa dokumen berkenaan jelas menunjukka­n bahawa Tarek bekerjasam­a dengan Jho Low.

Shahrol Azral bagaimanap­un menjawab: “Saya tidak boleh membuat rumusan sedemikian, apa yang saya boleh katakan ialah ialah $82 juta Swiss Franc itu dipindahka­n ke dalam akaun syarikat Jho Low”.

Shahrol Azral juga disoal mengenai pemilikan nombor telefon dalam salah satu dokumen yang dirujuk kepadanya.

Saksi itu menjawab berkemungk­inan ia adalah milik Tarek, bagaimanap­un beliau tidak boleh mengesahka­nnya.

Terdahulu, Shahrol Azral berkata Jho Low mengarahka­n pindahan wang AS$500 juta daripada 1MDB kepada PSI dilakukan secepat mungkin.

Ketika dicadangka­n Muhammad Shafee bahawa Jho Low membuat arahan itu kerana 1MDB diberikan masa sekurang-kurangnya sembilan bulan bagi menjawab sama ada bersetuju atau tidak untuk memberi pinjaman kepada PSI, saksi kesembilan itu menjawab, “tidak setuju”.

 ?? (Foto Syarafiq Abd Samad/bh) ?? Shahrol Azral hadir perbicaraa­n kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Syarafiq Abd Samad/bh) Shahrol Azral hadir perbicaraa­n kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia