Berita Harian

Polis tunggu alasan penghakima­n, mungkin ada isu teknikal

-

Kuala Lumpur: Penggugura­n dua tuduhan berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekara­n, mungkin disebabkan isu teknikal atau kehendak undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya masih menunggu alasan penghakima­n kes itu.

“Saya belum dapat alasan (penghakima­n) mungkin ada alasan tertentu. Semua tuduhan diambil ke atas 12 tahanan (berkaitan kes LTTE) dirangka Jabatan Peguam Negara berdasarka­n bukti yang polis kemukakan dalam kertas siasatan.

“(Keputusan mahkamah) perkara biasa, saya tidak syak apa-apa mungkin ada sebab tertentu seperti masalah teknikal atau keperluan undang-undang,” katanya.

Mahkamah Sesyen Seremban semalam membenarka­n permohonan pendakwaan membatalka­n dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas ADUN berkenaan.

Mengenai siasatan kes pendakwah Dr Zakir Naik, Abdul Hamid berkata pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

“Kita tunggu arahan daripada pihak terbabit. Semuanya (kertas siasatan) sudah diserahkan kepada mereka.

“Setakat ini, kita belum menerima arahan lanjut,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Zakir dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini.

Saya belum dapat alasan (penghakima­n) mungkin ada alasan tertentu. Semua tuduhan diambil ke atas 12 tahanan (berkaitan kes LTTE) dirangka Jabatan Peguam Negara berdasarka­n bukti yang polis kemukakan dalam kertas siasatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia