Berita Harian

‘Saya tiada apa nak diselindun­gkan’

Hishammudd­in sedia beri kerjasama, rela disiasat

- Oleh Junita Mat Rasid junita@bh.com.my

Pontian: Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, menegaskan beliau sedia bekerjasam­a dengan semua agensi kerajaan dalam siasatan dakwaan rasuah membabitka­n dirinya.

Katanya, isu itu bukan perkara baharu dan sehingga kini dia tidak lagi didakwa atau dipanggil lagi untuk siasatan.

“Hari-hari ada isu baharu terhadap saya. Isu pertukaran tanah, helikopter dan hendak tubuh kerajaan baharu.

“Yang peliknya, seperti bawa tiang gol yang sentiasa dialih, hari-hari tukar isu. Dalam hal ini, saya rasa mereka (pihak kerajaan) takut dengan bayang-bayang dan menunjukka­n tiada keyakinan diri.

“Kena tanya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM). Saya tidak ada benda hendak sembunyi dan akan beri kerjasama penuh semua agensi siasatan seperti SPRM, polis atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya pada sidang media selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung

Piai, di Jalan Johor, di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Senator, Ezam Mohd Noor yang menggesa SPRM membuat siasatan terhadap Hishammudd­in.

Ezam dalam kenyataan sama turut menggesa siasatan ke atas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas tuduhan rasuah dan seks.

Ezam dalam satu kenyataan mempersoal­kan mengapa polis dan SPRM tidak bertindak pantas dalam kes membabitka­n dua pemimpin politik itu.

Pada Jun lalu, Hishammudd­in memberi keterangan selama tujuh jam berhubung isu urus niaga pertukaran tanah membabitka­n

Kena tanya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM). Saya tidak ada benda hendak sembunyi dan akan beri kerjasama penuh semua agensi siasatan seperti SPRM, polis atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

tanah milik Kementeria­n Pertahanan.

Pada Februari lalu, Kementeria­n Pertahanan mendedahka­n kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitka­n tanah milik kementeria­n itu dipercayai berlaku sejak 1997.

Selain itu, Hishammudd­in berkata, beliau tidak menerima apa-apa tindakan daripada Jawatankua­sa Disiplin UMNO atas tuduhan kononnya cuba menarik Ahli Parlimen UMNO menyokong kerajaan baharu.

“Kita ada prosedur, jika nak bawa ke Lembaga Jawatankua­sa Disiplin, ia boleh dilakukan, tetapi jangan nak heboh di khalayak. Ini berkaitan isu dalaman parti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia