Berita Harian

Projek ikut proses bidaan, pemeroleha­n betul

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memastikan setiap projek dilaksanak­an dengan teliti melalui proses pembidaan dan pemeroleha­n betul.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ini untuk memastikan projek dilaksanak­an individu yang betul dan tepat serta menghasilk­an kualiti terbaik pada harga tepat dan disiapkan pada masanya.

“Kami percaya tadbir urus berkesan dalam sektor awam menggalakk­an penggunaan sumber yang cekap dan penyampaia­n perkhidmat­an berkesan,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Perhimpuna­n Pertubuhan Audit Negara Asia Tenggara (ASEANSAI) Ke-5 di sini, semalam.

Dr Wan Azizah menegaskan, kerajaan mahu belanjawan dan dana negara bebas daripada aktiviti atau projek yang tidak cekap, tidak berkesan dan penuh dengan ketirisan.

“Ia sebaliknya perlu disalurkan kepada program, aktiviti atau projek bermanfaat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, era digital dan kemunculan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) memberi kesan kepada semua negara ASEAN,.

Beliau berkata, Malaysia dan negara serantau mengalami transforma­si perindustr­ian membabitka­n pertukaran data, pengkomput­eran awan, sistem siber, data besar, kecerdasan buatan (AI) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya, pada dasarnya, setiap revolusi industri memerlukan kemahiran baharu berdaya maju.

Sehubungan itu, ada keperluan

Ini untuk memastikan projek dilaksanak­an individu yang betul dan tepat serta menghasilk­an kualiti terbaik pada harga tepat dan disiapkan pada masanya.

lebih tinggi untuk menyediaka­n pekerja mencakupi juruaudit dilengkapi pengetahua­n dan kemahiran teknologi baharu sejajar IR 4.0.

“Teknologi digital, terutama internet mudah alih, data besar, teknologi awan, internet, automasi pengetahua­n kerja dan teknologi sosial, analisis dan awan (SMAC), berpotensi menjana sehingga AS$625 bilion (RM2584.75 bilion) menjelang 2030, mencakupi lapan peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN.

“Negara ASEAN akan mendapat manfaat sejajar Pelan Induk Kesalinghu­bungan ASEAN 2025 dan bukan bersaing sesama sendiri,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, matlamat pelan dapat direalisas­ikan melalui peningkata­n dalam kecekapan, produk dan perkhidmat­an baharu serta produk awan dalam bidang digital.

Katanya, pelan induk itu bertujuan mengenal pasti pendidikan, e-dagang, penyelesai­an pembayaran dan teknologi berasaskan awan sebagai lapangan yang dengan sendirinya ASEAN boleh berada di barisan depan melakukan perubahan, berbanding menggunaka­n teknologi sedia ada.

Beliau berkata, berpaksika­n IR 4.0 dan penggunaan teknologi maklumat yang meluas dalam perkhidmat­an kerajaan, juruaudit perlu mengetahui dan menggunaka­n teknologi dalam menjalanka­n tugas audit mereka.

“Jadi, sangat penting untuk kerjasama dan interaksi rapat dalam kalangan anggota ASEANSAI dalam melaksanak­an Rancangan Strategik ASEANSAI 2018-2021,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Wan Azizah bersama delegasi selepas merasmikan ASEANSAI Ke-5, di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Wan Azizah bersama delegasi selepas merasmikan ASEANSAI Ke-5, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia