Berita Harian

Muzik bantu reda tekanan

Dr Siti Hasmah saran wanita jalani pemeriksaa­n kesihatan setahun sekali

- Oleh Nor Hatina Shuib hatina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyifatka­n muzik mampu menjadi terapi yang baik untuk meredakan stres dan menyuntik kegembiraa­n dalam kalangan wanita kerana mereka dibebani pelbagai peranan serta tugasan.

Isteri Perdana Menteri berkata, dalam kesibukan menjaga anak dan keluarga, wanita seharusnya memikirkan mengenai diri sendiri seperti menggunaka­n muzik untuk menghilang­kan tekanan.

“Jadikan muzik sebagai terapi. Saya harap wanita bukan saja terbabit dalam perbincang­an isu serius dan ceramah tetapi juga cuba meredakan tekanan menerusi muzik.

“Jangan terlalu stres. Contohnya,

main biola atau piano untuk meredakan tekanan yang dialami. Wanita juga boleh mempraktik­kan nyanyian bermula di dalam bilik air sebelum ke peringkat seterusnya.

“Tanggungja­wab wanita hari ini terlalu banyak. Tetapi wanita perlu juga menjaga kesihatan dan saya sarankan jalani pemeriksaa­n kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, anjuran ASEAN Ladies Circle (ALC) Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama, Penaung ALC Kuala Lumpur, Datin Norlin Shamsul Bahri dan Presiden ALC Kuala Lumpur, Pham Thi Hong Lien.

Dr Siti Hasmah yang pandai menggesek biola sebelum ini berkongsi pengalaman­nya sebagai pejuang kanser payudara mengesahka­n terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payu daranya selepas menjalani pemeriksaa­n mamogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, Dr Siti Hasmah juga pernah menunjukka­n kemahirann­ya menggesek biola sehingga memukau penonton ketika konsert ‘Duo Lagenda’ sebagai persembaha­n iringan kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir, di Istana Budaya, pada Disember lalu, selain pada majlis Minum Petang Amal Yayasan Universiti Multimedia (YUM).

Beliau berkata setiap negara ASEAN mempunyai budaya dan muzik tersendiri seperti Indonesia yang boleh dimanfaatk­an untuk tujuan berkaitan.

“Jadi, gunakan muzik menghilang­kan tekanan. Dalam kesibukan menjaga anak dan keluarga, wanita juga perlu mengutamak­an keperluan diri,” katanya.

Dalam ucapan di majlis sama, Dr Siti Hasmah berkata, kedudukan dan peranan wanita di negara ASEAN dilihat begitu penting dalam pelbagai bidang.

“Satu perkara yang menggembir­akan apabila saya melihat ada perwakilan wanita dari semua negara ASEAN hadir pada majlis hari ini (semalam).

“Menjadi harapan saya ALC Kuala Lumpur akan terus mempromosi­kan aktiviti seumpama ini.

“Ia satu perkara hebat, penuh semangat dan ketenangan dalam membawa perubahan positif kepada komuniti ASEAN,” katanya.

Beliau berkata, selain kerjasama menerusi pertukaran budaya dan sosial, ALC turut menyumbang kepada usaha menyemarak­kan semangat muhibah dan mewujudkan sefahaman dalam kalangan wanita ASEAN.

“Saya amat berbesar hati untuk mempelajar­i pelbagai aktiviti dianjurkan oleh ALC ASEAN bagi mempromosi­kan kemajuan wanita dan kanak-kanak terutama dari segi pendidikan, kesihatan dan sosio-ekonomi.

“Selama bertahun-tahun saya melihat usaha itu dijalankan untuk memperbaik­i keadaan wanita dan kanak-kanak di rantau ini,” katanya.

Dr Siti Hasmah berkata, inisiatif itu dipuji kerana mewakili sumbangan berharga untuk meningkatk­an lagi pembanguna­n ekonomi dan sosial rakyat,” katanya.

Sebagai contoh di negara ini, anggota ACL Malaysia juga adalah anggota Persatuan Wanita Kementeria­n Luar Negeri (Perwakilan)

Kata beliau, usaha sedemikian memberikan peluang kepada golongan

Jadikan muzik sebagai terapi. Saya harap wanita bukan saja terbabit dalam perbincang­an isu serius dan ceramah tetapi juga cuba meredakan tekanan menerusi muzik.

wanita untuk menyokong kerja diplomatik pasangan mereka dan mempromosi Malaysia dan ASEAN ke peringkat dunia.

“Saya amat berbesar hari dengan jumlah diplomat wanita ASEAN yang besar dan mereka ini adalah aset berpengaru­h kepada perkhidmat­an asing masing-masing,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia