Berita Harian

Haiwan juga ada hak untuk hidup

-

Kes penganiaya­an terhadap seekor kucing di sebuah kedai dobi di Gombak mendapat perhatian ramai selepas video seorang lelaki memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering dan mengunciny­a, tersebar sehingga tular di media sosial. Kelmarin, kes sama sekali lagi mencuri perhatian apabila mahkamah memutuskan hukuman penjara 34 bulan dan denda RM40,000 ke atas pesalah berusia 42 tahun itu.

Kita memuji keputusan dibuat mahkamah ini. Ia cukup adil dan setimpal dengan jenayah dilakukan tertuduh. Walaupun mangsa membabitka­n seekor kucing, mahkamah tidak boleh sesekali berlembut kerana nyawa haiwan juga ada nilainya.

Kita percaya hukuman berat wajar diputuskan mahkamah dalam kes sebegini. Ia penting bagi memberi pengajaran agar perkara sama tidak berulang.

Bukan sahaja tertuduh kes ini, keseluruha­n masyarakat juga harus sedar perbuatan menzalimi binatang walau dengan apa cara sekalipun adalah salah di sisi undang-undang. Contohnya perbuatan melempar mercun kepada hidupan liar seperti beruk yang mengganggu kebun untuk menghalaun­ya, sehingga mencederak­an. Ingatlah haiwan juga ada hak untuk hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia