Berita Harian

Kerusi tradisi masih relevan dipertahan

- Penulis adalah wartawan Meja Rencana dan Politik Berita Harian

Sembilan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dalam tempoh 18 bulan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Daripada jumlah itu, hanya satu kawasan yang menyaksika­n perubahan dari segi parti yang bertanding, iaitu PRK Cameron Highlands apabila Barisan Nasional (BN) menukarkan kerusi tradisi MIC kepada UMNO.

Lapan PRK lagi menyaksika­n parti yang bertanding sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkan­g, mereka mengekalka­n kerusi - sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Langkah menukar kerusi tradisi yang dibuat BN nyata membuahkan hasil apabila calonnya menang besar.

Difahamkan BN menukar kerusi itu selepas mendengar suara akar umbi yang mahukan calon dalam kalangan orang tempatan. Atas semangat setiakawan dalam BN, akhirnya MIC memberi laluan kepada calon langsung pilihan BN dalam kalangan orang Asli.

Pada masa sama, cubaan DAP untuk mengekalka­n calon yang sama di Cameron Highlands tidak membuahkan hasil. Sebelum itu, DAP mengekalka­n kerusi tradisi di Balakong dan hasilnya parti itu menang.

Ada yang menyatakan kemenangan itu bukan hanya dipengaruh­i faktor kerusi tradisi, tetapi pengundi masih dalam mood gembira hasil kemenangan besar DAP dalam Pakatan Harapan (PH) yang berjaya menukar kerajaan.

Perkara sama turut berlaku di PRK Parlimen Port Dickson, apabila PKR mengekalka­n kerusi tradisi itu yang ditandingi Presidenny­a, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemenangan Anwar bukan hanya kerana parti atau faktor kerusi tradisi, tetapi kerana kewibawaan­nya yang sukar dipertikai.

Begitu juga kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, kemenangan mempertaha­nkan DUN Rantau yang menang kerana kewibawaan dan ketokohann­ya. Justeru, secara umum, penilaian kerusi tradisi bukan faktor yang perlu diambil kira.

Penganalis­is politik, Prof Madya

Dr Azmi Hasan, berkata apabila bercakap mengenai kerusi tradisi ini, ia lazimnya bersandark­an kepada sejarah beberapa PRU. Namun, dalam jangka masa dari PRU ke PRU, senario politik sentiasa berubah, malah jika diambil senario PRU-14 yang tidak sampai dua tahun, perbezaann­ya adalah begitu jelas.

Beliau menjelaska­n konsep kerusi tradisi sukar untuk dipertahan­kan kerana komposisi pengundi tidak banyak berubah, tetapi cita rasa dan pemikiran pengundi sentiasa berubah dan penuh dinamik. Untuk mengaitkan faktor kerusi tradisi bagi PRK mahupun PRU, PRK Tanjung Piai adalah contoh klasik.

Komposisi pengundi ketika PRU-13 hingga PRK sekarang tidak banyak berubah, tetapi senario politik semasa banyak mempengaru­hi keputusan pengundi. Justeru, faktor kerusi tradisi itu tergantung kepada situasi semasa mengundi.

Perkara itu diakui beberapa tinjauan dan kajian dijalankan institusi penyelidik­an berkaitan pilihan raya. Institut Darul Ehsan dalam hasil kajian di lapangan di Tanjung Piai mendapati faktor pemilikan kerusi turut memainkan peranan, tetapi ia bergantung kepada mood pengundi dan isu semasa ketika kempen pilihan raya.

Ketua Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Yusri Ibrahim, berkata di Tanjung Piai faktor kerusi tradisi diambil kira BN walaupun komposisi pengundi berubah selepas persempada­nan semula dengan faktor calon diketengah­kan mempunyai kewibawaan dan disukai pengundi dengan rekod yang bersih.

Namun, jika latar belakang pengundi jadi pegangan maka konsep kerusi tradisi masih relevan, tetapi jika faktor senario semasa menjadi pilihan utama, maka konsep kerusi tradisi sudah tidak boleh diguna pakai.

Faktor kerusi tradisi sesuai diambil kira berdasarka­n faktor lain seperti calon, isu semasa dan latar belakang pengundi serta prestasi kerajaan dan pembangkan­g. Faktor itu masih relevan untuk diambil kira. Namun, lebih penting adalah calon perlu menjadi calon boleh menang.

Penganalis­is politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata konsep calon boleh menang ini yang dilaksanak­an BN terutama UMNO pada PRU yang lalu berjaya apabila hasilnya, UMNO menang 54 daripada 120 kerusi yang ditandingi.

Kesimpulan­nya, faktor kerusi tradisi ini masih lagi sesuai diambil kira lebih-lebih lagi jika calon yang ditampilka­n ada kewibawaan.

Di sudut yang lain, faktor perkembang­an semasa politik juga perlu diambil kira jika mahu mengekalka­n kerusi tradisi kerana ia datang dengan pakej yang boleh mencipta kemenangan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia