Berita Harian

Media Prima bincang dengan kesatuan pekerja

-

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) sedang bekerjasam­a dengan kesatuan pekerja bagi melaksanak­an pelan transforma­si perniagaan seperti diumumkan syarikat itu pada 1 November lalu.

Peneraju media bersepadu itu dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam, memaklumka­n langkah terbabit bertujuan memastikan proses pelaksanaa­nnya akan dijalankan telus dan semua obligasi kepada warga kerja terbabit diberi keutamaan.

Katanya, antara kesatuan pekerja yang terbabit dalam perbincang­an berkenaan ialah Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) cawangan The New Straits Times Press (NSTP), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja

Akhbar (NUNW) cawangan NSTP, Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KESTMB).

“Semua pihak sudah mencapai kata sepakat warga kerja yang terbabit akan menerima pampasan yang adil dan saksama, mengikut undang-undang serta perjanjian bersama kesatuan masing-masing,” katanya.

Pada 1 November lalu, Media Prima mengumumka­n kumpulan itu akan mengorak langkah ke fasa transforma­si perniagaan seterusnya.

Ini membabitka­n penukaran model perniagaan dan penstruktu­ran dalaman bagi membolehka­n kumpulan itu lebih berdaya saing dan mapan pada masa depan, berikutan suasana makro ekonomi yang tidak menentu serta gangguan perubahan lanskap media global dan domestik.

Selain pampasan yang adil dan saksama, Media Prima juga akan menyediaka­n khidmat sokongan kepada warga kerja termasuk perkhidmat­an penempatan keluar dan kaunseling kerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia